background blog

Saturday, October 15, 2011

Sekolah Kite Masuk Paper!

Assalamualaikum.....

hai u olsss... tengahari macam ni biasa kaum hawa semua duk bertempek kat dapur kan.. tengah masakla katakan... kite tak mulakan operasi masak memasak lagi ni..kui3.. jup ag baru nk mula.. menu hari ini tak leh nak decide lagi...ecece...=)

okeh berbalik pada tajuk kite tuh..sekolah kite masuk paper! tapiiii...bukan sekolah kite ngajar sekarang nih..uhukss...tu sekolah lama kite..dari form 1 sampai la form 5.. pastu kite praktikum pun kat situ jugak... cume nak buat correction sket pada tajuk paper...bukan SMK Arab Wataniah..tapi SMK Agama Wataniah...heee~


SATU SEKOLAH 10 TAMAN MINI

Oleh Azlan Hafeedz
rencana@hmetro.com.my

PENUH mendamaikan serta sejuk mata memandang membuatkan warga sekolah dan pengunjungnya tidak bosan sebaik di laman sekitarnya.

Walaupun memiliki laman terhad, olahan serta idea setiap ahli Jawatankuasa Kebersihan dan Keceriaan Sekolah (JKKS) membuatkan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Arab Wataniah, Machang, Kelanan sentiasa menarik.

Lebih 100 tanaman pelbagai jenis dan spesies ditanam di sekitar sekolah sebaik sahaja SMKA Arab Wataniah diambil alih kerajaan Persekutuan pada 1986.

Sekolah itu ditauliahkan Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran 2005 dan Anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan 2009.

Antara tanaman hiasan itu ialah ‘trumpet’ emas daripada spesies ‘Allemanda cathartica’ ; paku sarang burung (Asplenium nidus); bunga kertas (bougainvillea); ekor kucing; bunga tahi ayam (Lantana Camara Linn); Jejarum merah (Ixora macrothyrsa); pokok teh (Acalypha simensis) dan pokok pinang.

Ahli JKKS turut menggunakan elemen ‘natural stone’ sebagai landskap kejur apabila menggunakan batu-batu sungai sebagai aksesori tambahan.

Di SMKA Arab Wataniah, lebih 10 taman mini dengan ‘penjelmaan’ pelbagai nama menarik diwujudkan dengan Ketua Panitia Matapelajaran dipertanggungjawabkan menjaga taman terbabit.

Antaranya ialah Taman Sains, Taman Raudhah, Taman Asrama, Taman Humairah, Taman Ahlan Wassalam, Taman Masjid Safwatul Abrar, Taman Al-Furqan dan Taman Sinaran.

Pengetuanya, Jusoh Omar, berkata setiap ketua panitia diamanahkan menjaga satu taman dan mereka akan bekerjasama dengan pelajar dalam menyelenggara serta menjaga taman masing-masing.

Katanya, kaedah itu perlu bagi memastikan sentiasa wujudnya perasaan kecintaan terhadap kehijauan tumbuhan.

“Dua minggu sekali, pihak sekolah akan mengadakan gotong-royong perdana memastikan tanaman bunga dijaga.

“Malah, mereka juga akan mengecat semula tiang atau ‘planter’ pasu supaya kelihatan ceria dan menarik,” katanya.

Menurutnya, di setiap mini taman terbabit, tanaman hiasan yang diusahakan berlainan jenis dan spesies.

Katanya, sebagai contoh, di Taman Ahlan Wassalam, pokok teh ditanam sebagai pokok pagaran sebelum dibentuk secara geometrid an kreatif.

“Malah, pokok renek berdaun dan berbunga seperti pokok bunga kertas, jejarum, ekor kucing dan pokok pinang ditanam sebagai elemen sokongan kepada pokok pagaran itu.

“Di Taman Asrama, kita wujudkan elemen air dan ‘soft’ landskap apabila air terjun buatan tangan dibina di pintu masuk utama asrama dengan meletak pokok berpasu seperti ekor keldai (Agavaceae), pokok burung merak (Marantaceae) dan keladi di sekitarnya,” katanya.





SUMBER : HARIAN METRO





3 comments: