background blog

Tuesday, March 27, 2012

Sepasang Ular Tedung berkampung di belakang bengkel Kemahiran Hidup!

Assalamualaikum...

Hai uolssss. Sangat la bizi sejak dua menjak nih, banyak sangat keje nak kena settlekan. Ini baru ai rasa betul-betul seorang pendidik. Gituu.

Semalam ada sepasang ular tedung menggemparkan geng-geng bengkel Kemahiran Hidup dan Makmal sains sebab nak mengawan kt atas bukit, terjatuh kt bawah betul-betul belakang bengkel Kemahiran Hidup. Adehhhh sape tak sentap BAPAK dengan MAK ular kottt.

Kebetulan pulak dengan kedatangan Guru Kanan Kemahiran Hidup baru kat bengkel nih, Ketua Jabatan ai datang perkenalkan, pastuh yang lain duk kalut tengok ular duk berperang sama sendiri. Ketua Jabatan kami tanpa lengahkan masa, terus cal bomba sebab semua tak berani nak tangkap BAPAK dengan MAK ular tuh.

Lebih kurang 15 minit jugak bomba ambik masa datang. Saya sempat snap 2 picture jer. Tu pun dengan bantuan Encik Bomba. heh


Ni seekor dah selamat dah.. Tu pun time bomba duk pukul tuh, sempat lagi duk sembur 'die' nye bisa kat en.bomba.



Seekor dah nyawa-nyawa ikan, seekor lagi masih dalam pencarian. Tapi tak lama lepas tuh, kena tangkap jugak pasangannya tuh. Yang pasangan ai tak sempat snap ler, ade kelas lak time tuh. kiki

Thursday, March 22, 2012

Malu den hari nih!

Assalamualaikum....

Hai u olsss selamat pagi! Mood yang sangat baik pagi nih nak update belog. Lame kot duk terperap je belog saya nih! Nak wat cmana kan saya sangat-sangat lah bizi dan ditambah dengan sifat M sekali.

Pagi-pagi hari ni dah mendapat malu dah. Pagi tadi saya terima panggilan dari ibu seorang pelajar nih..

Ibu Pelajar : Assalamualaikum cikgu. Ni cikgu Zati ke?

Saya : Waalaikumusalam.. ye saya, sapa nih?

Ibu Pelajar : Cikgu, saya nak tanya, anak saya Nur ..... ada datang jumpe cikgu tak?

Saya : Setakat ni tak de lagi, kenapa puan?

Ibu Pelajar : Sebenarnya anak saya nak pindah sekolah. Dia nak tukar ke sekolah biasa. Dia tak sesuai dengan Maktab ni.

Saya : Ooooo ye ke. Kalau urusan keluar masuk pelajar nih, saya tak handle, semua ofis dan guru kelas. Puan cuba hubungi guru kelas la. Saya hanya penasihat homeroom dia je. Puan ada tanya tak anak puan sape guru kelas die?

Ibu Pelajar : Saya dah tanya anak saya, die cakap cikgu la guru kelas die.

Saya : Aikkk ye ke? saya hanya penasihat homeroom die je puan. Bukan guru kelas. Tak pe, macam nih, nanti saya pergi tengok siapa guru kelas anak puan, nanti saya call puan semula ye.

Ibu Pelajar : Ok cikgu, terima kasih.

Saya : Sama-sama.

Saya pun dengan rasa ingin mengetahui siapakah gerangan guru kelas ituuu, saya pun p la bilik kerja guru nak tengok list pelajar dan guru kelas sekali.

KELAS 1 URANUS

CIK ZATI BAYANI
?????????
PUAN DALIZA



Adehhhh.. tak taw lak bila masa ai jadi guru kelas! kikiki malu ai dengan mak student tu taw! pastuh ai cal balik la mak student ai tuh. blablablablabla dengan panjang lebar. Heh MALU DEN HARI NIH!


en.google~~


en.google~~




Thursday, March 8, 2012

Oh Wanita Seluruh Dunia..

Assalamualaikum..


KEPADA WANITA SELURUH DUNIA



Credit to THR GEGAR



SELAMAT HARI WANITA..




by Projek Pistol..=)




Monday, March 5, 2012

Rombongan Cik Kiah ke Melaka sangat happening!!

Assalamualaikum..

Hari sabtu bertarikh 3.3.2012 rombongan Cik Kiah telah bertolak ke Melaka Bandaraya Bersejarah sempena hari bersejarah seorang sahabat a.k.a kenduri kawin la kan. Mak ai jauhnye dari Mersing ke Melaka semata-mata nak p kenduri? Orang kata sambil menyelam minum air, jadi rombongan Cik Kiah pun macam tu lah jugak. heh


Ni lah pengantin yang mendapat kunjungan istimewa dari rombongan Cik Kiah=)


Antara ahli rombongan Cik Kiah yang happening!


Gambar rombongan Cik Kiah bersama pengantin ada dalam kamera lain lak. Tak sempat ambik lagi. Al-maklumlah, saya lak guna kamera DSLH jer, malu nak suh orang snapkan. Muahaha. Sesudah rombongan Cik Kiah yang seramai 11 orang nih makan-makan, bersembang-sembang, bersnap-snap gambo, rombongan Cik Kiah terus ke Melaka Bandaraya Bersejarah!!


Dah dapat parking kat Menara Taming Sari terus ke.........Mc'd..... sebab Mersing takde. sobss. Baru je beberapa jam makan nasik kenduri, tetibe lapar Mc'd lak kan. heh

Kemudian kami duk pusing la kat area bandar Melaka tuh sampai nak tercabut kaki. hakhakhak. Plan konon petang dah nak gerak balik ke Mersing, sekaliiiiiiii matahari dah tenggelam pun masih lagi kat Melaka duk berjimba-jimba.

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan kan. Ada ahli rombongan Cik Kiah nak naik River Cruise lak melihat pemandangan indah Melaka di waktu malam. Gituuu. Kami pun sepakat la nek River Cruise.


Muka masing-masing dah kepenatan dah.




Muka excited dapat naik river cruise. Tak sampai 10 minit, dah bosan. kikiki


Dulu benda nih kemain femes kan. Saya sempat la beratur naik benda nih kat Tasik Titiwangsa dulu. Sekarang nih berapa orang je yg ada kat dalam tuh. =)

Jam 2.30 pagi rombongan Cik Kiah tiba di Mersing. (^_^)



Sunday, March 4, 2012

Betul ke?? Macam tak percaya!!

Assalamualaikum..

Salam berhujung minggu. Hari ni hari rehat sedunia setelah seharian semalam rombongan cik kiah pergi kenduri dan berjimba di Melaka. Nanti update rombongan cik kiah time rajin-rajin nanti.

Sekarang ni nak share satu berita yang agak mengejutkan saya la. Betul ke Sharifah Aleeya HOTFM dah bercerai??? al-kisahnya saya ter'rajin lak beli paper METRO hari nih. Baca punye baca paper nih, baca la tajuk nye Hot Mama. Aku suke bab-bab hot mana nih sebab bukan nak tengok mama, nak tengok anak artis yang tembam-tembam dan cumil-cumil semua! I Likeeee~





Sumber : HARIAN METRO

Ni lak yang KOSMO


Friday, March 2, 2012

Masihkan Ada Sinar Untukku?

Assalamualaikum...

Di pagi yang indah ini. Eh, dah tengahari lah. Tapi suasana kat sini masih seperti pagi tadi dengan hujan lebat yang turun membasahi bumi Mersing nih. Mungkinkah sampai ke petang? atau hujan sehingga tengahari? Itu bukan kerja saya, hanya DIA yang mengetahui. Berpuitis pulak la kan? muahaha.

Alhamdulillah saya mendapat perkabaran gembira untuk sesi Temu Duga Perlantikan ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41. Sikit punye panjang, atau dengan nama lainnye CIKGU! Kan pendek dan senang paham. heh.




Pic credit to en.google
Ni yang buat i nebes nih...=)

Masihkan ada sinar untukku? sadis sungguh ayat macam ni kan? sinar tu masih ade, cuma malap ke, terus bersinar lip lap lip lap ke, tu je. kikiki. Saya juga masih menanti ada ke sinar yang bakal menjelma atau malap terus untuk keputusan Temu Duga bagi Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah atau nama pendek CIKGU MARA. Sekarang ni pun masih lagi berkhidmat sebagai cikgu kat MRSM nih. Harapan tinggi menggunung untuk jawatan Guru Mara nih. Sebab malas dak duk angkut barang ke sana ke mari. Kite tengok la sinar yang mana satu yang akan menjelma untuk saya. Mana-mana jawatan pun CIKGU jugak. Just wait n see and wish me luck ye kawan-kawan. Hak3.


Pic credit to en.google