background blog

Tuesday, April 10, 2012

Sesungguhnya SABAR itu sangat INDAH!

Assalamualaikum....

Ho la u olsss... Syukur alhamdulillah sepanjang ai berada di bumi Mersing nih, ai dipertemukan dengan seorang Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab a.k.a Ustazah la senang kan. Ai rasa seronok dapat berkawan dengan Ustazah nih sebab banyak nasihat dan pengalaman dari dia ai dapat belajar. Kalau ai ada masalah, ai lebih senang story mory kat die. Sekarang nih, dia adalah kawan ai yang paling rapat!

Nasihat dari ustazah untuk ai tika ai berdepan dengan masalah dengan seseorang yang buat ai kurang SABAR :

" Anggaplah semua ini sebagai dugaan hidup kita, sengaja Allah memberi dugaan samada sebagai peringatan atau kadang-kadang Allah memberinya untuk untuk meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Jadi, berlapang dada lah menerimanya dengan hati yang sabar, tiada satu pun yang sia-sia disisi Allah. Percayalah.. jangan biarkan syaitan menguasai hati dan pemikiran kita"


" Semoga CANTIKmu secantik Aisyah,
Semoga SABAR mu sesabar Siti Khadijah,
Moga IKHLAS mu seikhlas Rabiatul Adawiyah,
Moga tempatmu di Syurga Al-Jannah."

Mau banjir gak la bilik ai dapat nasihat yang berguna nih. Dan terus berfikir panjang lebar dan terus bersabar dengan karenah manusia di atas dunia yang sementara ini. Ai tak nak SYAITAN menguasai hati dan fikiran ai lagi... JADI...............................







SENYUM LAH....








SESUNGGUHNYA SABAR ITU SANGAT INDAH!

(^_*)


Friday, April 6, 2012

Permainan Ping Pong?? Boleh ke??

Assalamualaikum...

Pagi yang gelap...Errr tak boleh nyanyi lagu tu hari nih, sebab pagi memang gelap lagi dan masih tak terang akibat mendung je suasana nih. heh. Kat tempat korang cmana? Adakah sama seperti di atas atau sebaliknya?


Suasana pagi di Bengkel Kemahiran Hidup MRSM Mersing=)

Semenjak dua menjak nih alhamdulillah timbul kesedaran sivik dalam diri ai untuk beriadah di petang hari. Wah gitu kan, tetibe semangat patriotik 1 Malaysia!! Aktiviti yang menjadi pilihan hati ai setakat hari ni permainan ping pong. Sangat la seronok permainan nih. Dulu tengok orang je duk main kat TV, ingat susah nak main. Tapi sekali cuba, sampai bawak dalam mimpi u olsss.. (poyo jer).

Sedikit info tentang permainan ping pong.


Sejarah Ping Pong

Pada mulanya permainan ping pong merupakan satu kegiatan masa lapang yang digemari oleh penuntut-penuntut universiti di Britain.Corak atau bentuk pertama permainan ini telah didaftarkan pada tahun 1891 oleh Charles Barter dari Gloucestershire dan lebih kurang pada masa yang sama James Gibb-salah seorang pelopor Persatuan Olahraga Amatur Britain-membawa balik bola mainan seluloid dari Amerika yang diperkenalkan sebagai alternatif kepada bola getah atau gabus yang digunakan pada masa itu.Tindakan itu membawa kejayaan kepada pengilang seperti Gossima, Whiff Wall, Flim Flam dan Table Tennis.

Apabila raket yang disaluti velum diperkenalkan, istilah ping pong dicipta, ia diambil daripada bunyi 'ping' yang dihasilkan apabila bertembung bet dengan bola dan 'pong' yang terhasil apabila ia melantun di atas meja.

Pada tahun1902, seorang profesor pelawat Jepun telah membawa balik permainan ini ke Jepun dan memperkenalkannya kepada pelajar-pelajar universiti di sana. Tidak lama kemudian seorang penjual berbangsa British, Edward Shires telah memperkenalkan permainan ini kepada orang-orang Vienna dan Budapest. Dengan ini benih perkembangan sukan ini telah tersemai dan menarik minat orang ramai.


Peralatan Ping Pong

Ping-pong boleh dimainkan di dalam dewan atau luar dewan. Peralatannya tidak banyak. Ianya memerlukan sebuah meja, sebiji bola, bet pingpong dan 2 orang pemain atau 4 untuk bergu. Untuk mengawal permainan 2 orang pengadil diperlukan.




Ciri-ciri meja pingpong. satu garisan putih yang tebal 2cm di setiap sisi meja permukaan meja berwarna hijau atau biru pudar, permukaan meja boleh diperbuat daripada apa sahaja tetapi mesti memberikan 'bum' bola lebih kurang 23cm tinggi apabila bola dijatuhkan pada ketinggian 30 cm, tinggi meja dari lantai ialah 76cm, dan meja berbentuk segiempat tepat.



Ciri-ciri bola pingpong bola berdiameter 40mm, berwarna kuning atau putih, diperbuat daripada bahan seluloid. Ciri-ciri jaring, panjang jaring ialah 1.85m dengan tinggi jaring daripada permukaan meja 1.525m.





Ciri-ciri bet-tebal keselurahan getah dan span tidak melebihi 4mm. Semua getah bet di peringkat antarabangsa menpunyai logo ITTF, getah yang digunakan ialah getah terbalik 'reverse' yang licin dan rata dengan lapisan bintik-bintik terbalik di bawah (inverted pimples) dan diikuti oleh satu lapisan span. Diperbuat daripada kayu yang lembut dan tidak melebihi 5 lapisan kayu.



Ciri-ciri pakaian-pakaian untuk lelaki-baju lengan pendek, seluar pendek, stoking dan kasut. Pakaian untuk wanita ialah baju lengan pendek/panjang, seluar sukan panjang/pendek stoking dan kasut. Warna baju dan seluar mestilah berlawanan dengan warna bola.


Cara Permainan

Biasanya pungutan mata ialah sebanyak 11/21mata (lelaki & perempuan). Terdapat beberapa peraturan untuk membuat servis iaitu:-

  1. Servis akan bermula dengan bola mesti sentiasa berada di dalam tapak tangan bebas yang pegun, terbuka dengan jari tertutup dan ibu jari bebas.
  2. Tangan bebas yang membawa bola mesti sentiasa berada di atas permukaan meja dan di belakang garisan meja.
  3. Semasa membuat servis , bet mesti berada di atas permukaan meja dan memukul di garisan belakang meja.
  4. Bola mesti dilempar tegak sekurang-kurangnya 16 cm ke atas oleh tapak tangan tanpa menjanakan sebarang putaran.
  5. Bola mesti dipukul semasa ia menurun supaya dalam permainan perseorangan, ia melantun di kawasan pembuat servis dan kemudian di kawasan penerima. Dalam permainan bergu, ia melantun di kawasan kanan pembuat servis dan kemudian di kanan penerima.
  6. Pemain yang membuat servis perlu meastikan bahawa tindakannya dapat dilihat sepenuhnya oleh pengadil.
NAK TAHU LEBIH LANJUT?? KLIK SINI

Masa nak main ping pong nih suke hati je yer. Samada pagi, petang atau malam. Tapi ai suka waktu petang, nama pun waktu riadah kan. Kita gunakan sepenuhnya waktu riadah. Chaiyok!



Tuesday, April 3, 2012

Aktiviti yang menarik! jom sertai!

Assalamualaikum...

Ho laa....hari ni baru rajin nak update! sebab saya ada aktiviti baru yang nak share dengan korang! Aktiviti ni sangat lah bersesuaian untuk sape-sape yang terasa nak sihatkan badan di petang hari dan tidak lupa untuk KURUS kan badan, macam..................................SAYA! muahaha..

Azam nak kuruskan badan nih dah berzaman dah, tapi semangat tak berapa nak kuat sangat. Banyak godaan yang buat saya tak tahan.heh. Dalam minggu nih tak sangka lak ada geng yang bersemangat nak lakukan aktiviti yang menarik tertarik nih. Nak taw???


Jeng..



Jeng..



Jeng..



BERSENAM!!



JOM SERTAI!!










Jogging pun bole.....=)



Sesi snap pic pun ade~~



Inilah aktiviti terbaru saya di waktu petang! Wah semangat gitu kan.. Seronok gak kalau ada geng berjemaah beriadah di petang hari macam nih.

Bersenam ni boleh hilang stress setelah penat seharian duk mengadap student, buat RPH, ada aktiviti lepas waktu sekolah lah kan. Jadi waktu petang macam ni, masa yang sesuai untuk hilangkan semua perasaan itu! Dan............... tak lupa jugak, leh KURUS kan badan okeh!!