background blog

Wednesday, October 5, 2011

Malu nikah tak jadi

Assalamualaikum...

selamat pagi Malaysia!!!! hari ni bukak lappy terus tengok metro online nih... kenapa perlu terjadi situasi seperti nih????

myMetro | Malu nikah tak jadi

PUTRAJAYA: Majlis akad nikah seorang wanita berusia 24 tahun yang sepatutnya berlangsung di sebuah masjid di sini kelmarin, tidak kesampaian apabila bakal pengantin lelaki ‘ghaib’ dipercayai hanya tidak mempunyai baju Melayu putih.

Keadaan itu menyebabkan keluarga pengantin perempuan menanggung malu kepada imam, saksi serta sanak-saudara apabila majlis berkenaan terpaksa dibatalkan.

Menurut pengantin perempuan yang mahu dikenali sebagai Julia, dia sepatutnya dinikahkan dengan teman lelakinya yang sama usia selepas solat Isyak hari berkenaan berikutan kedua-dua keluarga sudah bersepakat melangsungkan majlis berkenaan.

Katanya, persiapan majlis akad nikah itu dibuat sejak akhir Ogos lalu.


Julia berkata, hasil perbincangan, keluarga teman lelakinya bersetuju mereka dinikahkan, malah meminta dia dan teman lelaki menghadiri kursus perkahwinan minggu lalu.


Semoga tabah mengahadapi segala dugaan....


No comments:

Post a Comment