background blog

Monday, August 16, 2010

~ kelantan + tg.malim + kuala lumpur ~

salam....

alhamdulillah hari ini genaplah 6 hari kita menjalani ibadah puasa dengan penuh keinsafan dan keberkatan dariNya... saya sangatlah bersyukur dapat juga berbuka puasa kat rumah walaupun cuma 2 hari sahaja.... thanks to my mum n dad...=) ape yang saya nak sume dapat....

12.08.2010
tepat jam 7.00 pagi saya dan kawan2 gerak dari tg.malim untuk balik kelantan.. semuanya 5 orang.. full kete saya...kesian diorang terpaksa berhimpit..tapi tak pe, diorang cakap kalo balik kampung, behimpit pun sanggup....so, banyak la tempat persinggahan sebab kami naik melalui cameron highland...=) dalam jam 4 petang kami sampai...huh sangat penat ok.... lepas tu terus balik berbuka kat kampung...

13.08.2010
alhamdulillah semua permintaan saya kat rumah dapat dipenuhi... tq so muchhh my dad n mum... sangat suntuk masa saya berada di kampung...

14.08.2010
arghhhh tidak...hari ini da kena balik tg.malim dah...sebab ada majlis berbuka puasa bersama ex-student smkaw machang, kelantan.... banyak barang saya bawak dari kampung... buah dokong, buah salak, serunding daging, serunding ikan dan karipap...tq mummy... opssss tidak lupa untuk kamu, my mum bagi serunding ayam,serunding ikan dan karipap...=)
hari ini saya balik ke tg.malim bersama seorang kawan saya dan kamu... sampai tg.malim hantar kawan saya dan kami terus ke kuala lumpur iaitu dewan perdana felda untuk majlis berbuka puasa...=)

jom kite layan sedikit sebanyak kemeriahan majlis berbuka puasa...=)


Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak


antara yang hadir...kamu pun ada...tp di mana??


kami yang sempat posing....



ini candid ok.....=)



Thursday, August 12, 2010

~ ramadhan datang lagi ~

salam...

alhamdulillah bulan ramadhan datang lagi....dan syukur ke hadrat ilahi dapat lagi saya menyambut bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan penuh keinsafan ini... hari pertama puasa alhamdulillah tak terasa penat, lapar dan seangkatan dengannya...=) selamat berpuasa juga kepada umat islam....

saya juga berdoa semoga hari-hari yang akan mendatang saya akan ceria dan gembira selalu...
amin....=)

Tuesday, August 3, 2010

~ Ku ada Kamu ~

Salam....

saya sangat suka bait-bait lirik lagu ini....

Ku Ada Kamu - Adira AF8

Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan,
Kau suluhkan sinar petunjuk,
Di kala ku kesedihan,
kau ukirkan senyuman,
Dengan penuh sabar memujuk,

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh.

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Di kala aku tak pasti,
Kau tampil dengan berani,
Membimbing agar lebih yakin,
Dan bila hidup penuh soalan,
Kau berikan jawapan,
Melengkap semua kekurangan...

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Tidak mungkin diri ini mampu,
Hidup tanpa doronganmu,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.