background blog

Monday, October 31, 2011

‎7,508 tempat latih GSTT dirancang disediakan mulai 2012...

Assalamualaikum.....

Saya dah tengok berita semalam...yang ni kuar paper hari nih...

UTUSAN MALAYSIA

31/10/2011 2:17pm

KUALA LUMPUR 31 Okt. – Kementerian Pelajaran merancang untuk menyediakan 7,508 tempat bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) untuk dilatih di bawah Kursus Perguruan Lepasan Ijazah-Sekolah Rendah, Kursus Perguruan Lepasan SPM dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah mulai Januari tahun depan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong berkata, sehingga 18 Ogos tahun ini seramai 7,920 orang telah dilantik semula sebagai GSTT dan daripada jumlah itu, seramai 1,143 orang sedang mengikuti kursus dalam cuti.

"Manakala 862 yang ditawarkan tidak melapor diri untuk bertugas dan semua lantikan memenuhi syarat asas kementerian,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata, bagi negeri Sabah sehingga 30 September tahun ini seramai 516 orang telah dilantik semula sebagai GSTT dan selebihnya akan ditawarkan terus mengikuti latihan di institut pendidikan guru (IPG) mulai Januari tahun depan.

Katanya, seramai 1,258 orang GSTT kini mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah mod Kursus Dalam Cuti dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia mod Kursus Dalam Cuti di IPG seluruh negara. – Bernama



MOOD : REDHA + PASRAH + BERSERAH PADA REZEKI MASING-MASING... BUKAN KE ITU LEBIH BAIK.........=)


2 comments: