background blog

Tuesday, December 18, 2012

Cari mood dulu nak balik KAPIT!!

Assalamualaikum...

Tak sampai sepuluh hari lagi dah nak fly ke Bumi Kenyalang.. Sekejap je rasa mood cuti-cuti Malaysia ni. Bersantai-santai kat kampung, berjalan-jalan, makan-makan dan makan tak puas lagi. Biasalah semua benda yang kita suka mesti takkan puas KECUALI lah benda yang kita tak suka.

Sebelum nak balik Kapit nih, cari mood dulu. Sambil-sambil duk belek-belek folder gambar kat laptop nih, adalah gambar wajah kegembiraan kat Sibu sebelum balik bercuti panjang bulan lalu. Perjalanan dari Kapit ke Sibu dan Sibu ke Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur ke Kota Bharu akan memakan masa 2 hari. 

Dari Kapit ke Sibu akan menaiki Bot Express selama 3 jam dengan jarak 126km. Takde jalan darat okeh, hanya ada jalan air yang merentasi Sungai Rajang. Biasanya saya akan bermalam di Hotel kat Bandar Sibu dan akan memulakan perjalanan keesokan harinya. Pagi keesokannya barulah amik teksi ke airport Sibu dan fly ke Kuala Lumpur, lepas tu transit dulu kat Kuala Lumpur then baru fly balik ke Kota Bharu.


Kat wharf Kapit...menunggu ketibaan bot express...

 
Kami di RH Hotel, Sibu.. If ada yang datang sibu tak tau nak bermalam kat mana, saya suggest RH Hotel.. Bersebelahan dengan Wisma Sanyan, senang nak shopping!! Layanan pun terbaik.. (promote jup..heee)

 Kami di LCCT.. Transit jup sebelum fly ke Kota Bharu..


Air Asia!! (^_^)

Bila mood dah ada, maka bersedialah untuk packing barang ye! banyak wooo nak angkut balik Kapit nanti.. Ok nak p list apa yang nak bawak p Kapit nih.. (ceh semangat!!!)

Jumpa Lagi!

Bye!




Saturday, December 15, 2012

Welcome Back!!

Assalamualaikum....

Lama sangat sangat sangat sangat tak update belog nih.. Tak tau nak mulakan camana lagi dah. Sejak-sejak balik kampung nih, masa betul-betul tak mengizinkan nak mengadap laptop 24jam. Duk kapit pun macam tu jugak, bizi je manjang. Sebelum cuti sekolah banyak sangat kerja kena setel especially PBS. Kalo tak setel, memang duk mimpi PBS la sokmo. Ingat senang ke nak jadi cikgu nih. (^_^)

Sejak balik bercuti nih, syok je duk kampung nih. Duk kumpul lemak-lemak yang mana patut, kejenya makan, jalan-jalan, tido, makan lagi. heh

Dan tak lupa juga buat sahabat-sahabat yang telah menamatkan zaman single, zaman tunangan orang, SELAMAT PENGANTIN BARU.. Semoga kekal sampai syurga. Amin...

Untuk permulaan kerajinan update belog nih cukup setakat ni dulu.Nanti jumpa lagi!

Motivasi untuk diri sendiri.. WELCOME BACK!!