background blog

Tuesday, February 28, 2012

Hatiku Terpaut!

Assalamualaikum....

Sesi tuju lagu.

Hatiku terpaut pada lagu nih!

Terukir di Bintang!

Penyanyi : YUNA





Dah abes layan lagu YUNA nih, moh kite layan lak lagu nih...



LAW KAANA BAINANA..

SERIUS! MENYENTUH JIWA RAGA..




Dah abes layan??

Ok Thanks (^_^)


Wednesday, February 22, 2012

Kite bako! Kite bako!

Assalamualaikum...


pic credit to en.google~

Kenal tak benda nih??

Kalo tak kenal, meh saya bagitau. Ini diberi nama pemateri.

Digunakan untuk memateri kaki komponen pada bod litar.



Disebabkan tak cukup bod litar tuh nak pateri, saya TERPATERI lengan baju..

Kite Bako! Kite Bako! sampai terbako! (^_^)

yeahhhh.. TERBAEK!!

Ni gara-gara duk syok ajar student form 3 pateri litar la nih... Asyik sangat sampai tak sedar sampai pateri lengan baju. Sedar-sedar ade bau hangit! hampeh tol.

Adehh, kurang sepasang baju kurung. Kena tambah 3 pasang la kalo macam nih..kikiki


Tuesday, February 21, 2012

Jambatan Goyang-goyang...

Assalamualaikum...

Adehhhh Vanila Coklat nih spoil mood lah malam nih. Ingat dah berbaik dah, tapi tak berbaik lagi. Kita yang tengok nih sengsara jap! Haishh. Untuk hiburkan hati dan mood yang spoil nih, saya ada satu lagu yang ISTIMEWA.


Jambatan Goyang - Goyang

Jambatan goyang-goyang..


Jambatan goyang-goyang..


Ku takut tenggelam..


Ku takut tenggelam..


Lalu aku berenang..


Lalu aku berenang..


Habis basah bajuku..


Habis basah bajuku..



Credit to en.google~


Lagu nih jangan tak tau, siap ada lenggok tariannya sekali. kikiki. Saya dengar lagu ni pun waktu slot bersama pelajar baru Tingkatan 1 yang mendaftar ke maktab nih. Saya dan kawan saya buat syarat, pada sape-sape yang tido dalam slot Kemahiran Hidup nih, kena nyanyi. Heh.

Nak dijadikan cerita, ade la sorang pelajar nih, memang sangat mengantuk la kot, boleh la duk syok tido kat kerusi tuh. Yang perempuan nih ngantuk jugak, tapi cover lagi. heh. Kami pun ape lagi, panggil la pelajar nih suruh nyanyi kat depan kawan-kawan seramai 100 lebih. Dia sangat berani, datang depan je cakap nak nyanyi lagu Jambatan Goyang-goyang. Bukan sekali kami suruh nyanyi, berkali-kali dan semua pelajar ikut! Sangat terhiburrr!! comel sangat bila pelajar duk nyanyi mengikut lenggok. Kalau orang tua nyanyi?? Pengsan!


Credit to en.google~


Saya buat satu keputusan, disebabkan saya kena ngajar tingkatan 1 tiga kelas, saya letakkan syarat, sapa-sapa tido waktu saya ngajar, memang WAJIB nyanyi lagu jambatan goyang-goyang. kikiki.. Ini salah satu cara yang saya gunakan untuk hilangkan rasa mengantuk pelajar, terutamanya waktu kelas lepas rehat, Belajar sambil berhibur ditambah dengan Pop Kuiz!

Tapi nanti lama-lama pelajar mesti bosan dah, lagu ape lagi erkkk yang mencuit hati nih??? any suggestion?? (^_^)

Tuesday, February 14, 2012

Apabila alat pemadam api 'makan' kaki.....

Assalamualaikum...


Rumah terbakar panggil Bomba...

Bomba datang berlumba-lumba...



Ini ape?

Ini alat pemadam api.

Fungsi?

Untuk memadam api.
Biasa kat bangunan sekolah memang wajib ada benda alah nih.

Pernah dengar alat pemadam api makan orang tak?

Mesti tak pernah kan?

Ini betul-betul terjadi semalam kepada student form 4.
Alat Pemadam Api ini 'makan' kaki student tu sampai patah 2 jari kaki.

Al-kisahnya.....

Jam menunjukkan 12 tengahari. seorang student A bersama student B berjalan-jalan di koridor sekolah menuju ke tandas untuk melepaskan hajat. Dalam perjalanan menuju ke tandas tu, biasa la kalo dah budak pompuan, banyak lak idea duk bersembang. Sampai je dekat tandas tersebut dengan tidak disedari oleh student A tersebut alat pemadam api TERJATUH atas kaki. Ouchhh sangat sakit dan makanya... Apa lagi...


Terus la ke hospital dan diberi 3 jahitan dan 2 jari kaki patah.


Pada jam 4.30 petang menandakan tamatnya ujian selaras 1 untuk subjek Sejarah tingkatan 5. Dah settle hantar kertas jawapan kat jabatan, makanya terasa isyarat getaran handphone saya nih. Tup tup kawan saya call ajak temankan dia hantar student A nih balik Parit Sulong, Batu Pahat. Adehh, nak tolak kesian lak kat dia nak balik sorang nanti. Bukan ape, kena merentasi Hutan Simpan Taman Negara Endau Rompin dan ditemani kebun kelapa sawit sepanjang perjalanan ke Batu Pahat. Ade beran?? Haruslah TAK SANGGUP kan nak meredah sorang. (Ayah tak dapat datang ambil atas sebab tertentu dan pihak HEP dah bersetuju untuk menghantar student iaitu warden la wakilnya.=)

Makanya jam 4.49 petang, kami bertolak ke Batu Pahat bertiga bersama student A. Jam 7.40 malam kami tiba di rumah student A. Niat dihati naik minum yang telah disediakan dan terus je gerak balik, sebab perjalanannya bukannya dekat, ade la dalam 180km. Baru je duduk kat beranda rumah, datang pulak kaunselor student A dari sekolah lama. Kaunselor di dijemput oleh ayah si student A nih sebagai wakilnya nak bertanya cmana kejadian berlaku dan effect kepada pelajaran si student A sebab diberi cuti 14hari. Adehhhhhh pastu kami dengan sopan santun la duk menjawab blablablablabla.. Jam 8.35 dah mintak diri nak balik. Kalau di layan memang tidur kat beranda la gamaknya!

Kami terus pecut ke rumah sepupu kat Simpang Lima untuk solat jamak terus dan dapat pulak panggilan dari ayah si student A nak bagi kunci locker, mintak tolong cikgu ambilkan buah dalam locker takut buruk dan busuk. Adehhhh!!! tunggu lagi..........

Jam 9.20 malam baru la gerak balik Mersing. Sepanjang perjalanan hanya di iringi dengan bacaan ayat suci jer. Mau tak seram. Langsung takde kereta bila sampai kat Kahang tuh. Kereta kami sejibik jer okeh! Kami pecut sepecutnya (ampun cikgu BM.heh) kereta itu dan 11.20 tiba di Mersing. Bapak laju kawan aku drift! Alhamdulillah selamat.



Psssttt >>> all picture credit to en.google~


OK SEKIAN DULU LAPORAN UNTUK HARI INI.....(^_^)


Friday, February 10, 2012

Dapat anak angkat 14 orang.. ho yeahhh!!!

Assalamualaikum...

Dingin malam ini sedingin lavender yang mengusik jiwa dan raga sebentar tadi sambil ditemani cicak besau yang melawati bilik ini. Adeh! seram!!!. Terjiwang sikit malam nih. heh. Alhamdulillah malam ni rasa tenang dan lega sikit setelah beberapa hari yang agak kebizian dengan kemasukan pelajar baru dan menjadi ibu homeroom kepada 14 orang pelajar tingkatan 1. Ho yeah!!

Ibu homeroom?? ape benda nih? dulu sebelum saya datang ke maktab nih, saya pun tak taw dan tak pernah dengar tentang homeroom nih. Bila datang sini, segalanya berubah. Ecehh. Homeroom ni macam satu program la. Program ke? lebih kurang la. Seorang guru akan diberi tanggungjawab menjaga a.k.a bertindak sebagai pengganti ibu dan ayah pelajar a.k.a ibu angkat ler senang a.k.a jugak penasihat kepada 15 orang pelajar. tapi saya dapat 14 orang je, sebab ada student sorang lagi masih tak daftar.

Segalanya bermula setelah ibu bapa tinggalkan anak mereka di maktab nih, saya akan mengambil alih tugas sepenuhnya! di mana segala kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak (adehh, tua dah den!) homeroom, saya akan bertanggungjawab. Duit ibu ayah tinggalkan untuk anak-anak saya yang handle. Bagi nasihat yang merangkumi semuanya gituuu. Pendek kata segalanya ibu homeroom!

Semoga saya dapat jadi ibu homeroom yang berjaya didik anak-anak homeroom nanti. Ini satu pengalaman yang sangat berharga. heh!



Like this picture!! credit to en.google..=)




Ibu homeroom...hakhakhak...


Monday, February 6, 2012

Congratulations on Your Wedding Day....

Assalamualaikum.....

Hai u olssss.... Apa khabar u olsss?? hope sume OK la kan. Adehh, sejak-sejak duk merantau nih dah macam tak sempat nak update belog. Ini alasan terbaru. heh.

Hari nih tak mau citer panjang-panjang, nak cerita pendek-pendek je, Tika di hari bahagiamu, aku yang jauh di sini demam sampai la tak bangun 1 hari je pun, sobsss. Ini menunjukkan bertapa frustnya diri ku kerana.............................................


TAK DAPAT MENGHADIRI MAJLIS GILANG GEMILANG SEMPENA PERNIKAHAN MU.. MAAFKAN AKU DUHAI SAHABATKU PUAN NANO


curik cik ayu punye gambo..heh..


UCAPANKU KHAS UNTUKMU....


CONGRATULATIONS TO MY DEAR BFF.....

ON YOUR WEDDING DAY!

WISHING YOU A HAPPY MARRIAGE..

MAY ALL YOUR DAYS BE FILLED WITH LOVE

&

MAY ALL YOUR DREAM COME TRUE


(dapat baby yang cumil-cumil nanti okeh!!!!!!!!!)




sama hensem + sama cantik = sama padan...