background blog

Sunday, January 23, 2011

~D.E.M.A.M~

Assalamualaikum....

alhamdulillah hari ni da rasa sihat...cuma batuk yang agak sukar diubati...ahakss... biasa la tu... kawan saya ada bagi petua nak hilangkan batuk...tapi tak sanggup rasanya nak buat dan mencuba.. petua nak hilang batuk...

1 sudu besar kicap manis
sedikit perahan limau

kemudian telanlah seperti anda minum ubat batuk! uhukss tak mau lah... baik saya makan ubat batuk kot...=)

rasanya dah bertahun saya tak demam yang kritikal... weeee~ ari khamis tuh boleh la saya demam sampai tak bangun!! bangun untuk telan ubat n makan nasik.... malam sebelumnya kemain lagi excited nak p melawat orang demam, last-last kite yang demam...memang terbaiklah..

hari esoknya, saya masih lagi pening-pening lalat gitu....orang yang saya nak p melawat tuh, datang melawat saya...hik3... siap datang bawak ubat demam dia lagi... tq la nik...susah-susah datang bagi ubat... makan je ubat demam tu, rasa bertambah baik...sebelum ni saya telan panadol jerk...tak de kesan sangat...

dan........................hari sabtu....saya dah boleh kuar p shopping!!! hihihihi....nanti la kite story k....
layan je lah gambo neh.....=)






picture credit to google~

kalau tunjuk gambar sebenar haru la blog saya ini....huk3...

Tuesday, January 18, 2011

~baby sitter Vs pelajar~

assalamualaikum...

Dua, tiga hari ni rajin pulak saya mengarang.... rasa nak berbelog jer kejenya.. walaupun assignment sudah mula mengganas dan semakin bertambah... dengan tesis yang belum sentuh apa-apa, portfolio, kajian lapangan... hmmm banyak la jugak lagi yang masih belum dapat lagi... pendek kata macam kawan saya, kelas 2 hari seminggu, tapi assignment seperti kelas 7 hari seminggu.. bayangkanlah....=) al-maklum lah da masuk tahun akhir ni, banyak lah keje walaupun jam kredit sikit jer... pemilihan tempat praktikum belum diputuskan lagi...

berkisar pada baby sitter vs pelajar ni, 18.01.2011 lecturer saya ada minta bantuan untuk menjaga bayi dia...sangat comel anak dia tau.. disebabkan status 'fesbuk' saya kelas 2 hari seminggu dan sangat bosan, dan kebetulan pula pengasuh baby bercuti, sayalah yang ambil alih tugas pengasuh tersebut...wah...berjayakah saya menjaga baby itu??? inilah pengalaman pertama saya menjaga baby dalam tempoh 10jam!! macam-macam karenah baby ni.. sabar ajelah... yang paling penting hilanglah kebosanan yang melanda dan sangat seronok kerana dapat belajar sesuatu yang baru....terima kasih encik!!.... lain kali boleh jaga lagi...wehuuuu~



si comel adi dengan mainannya...~

Monday, January 17, 2011

~C.I.K.G.U~


Alhamdulillah, ini adalah tahun terakhir saya berada di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan semangat serta kekuatan saya untuk menjadi seorang guru semakin membara walaupun pada mulanya saya agar teragak-agak dan kurang berkeyakinan. Kenapa saya ingin menjadi seorang guru adalah untuk mendidik anak-anak bangsa supaya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu, bertanggungjawab dan mampu mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.. Di samping itu juga saya boleh berkongsi pengalaman, berkongsi pendapat dengan pelajar-pelajar supaya hubungan antara pelajar sentiasa baik. Selain itu juga, saya ingin cuba mendalami isi hati pelajar-pelajar yang bermasalah dan ingin mengetahui punca-punca berlakunya masalah-masalah pelajar di sekolah. InsyaAllah. Kenapa saya ingin menjadi seorang guru juga adalah kerana pilihan keluarga saya yang ingin saya menjadi seorang pendidik dan seperti juga bapa saya yang juga seorang pendidik.

Apa yang saya perlu lakukan sebagai seorang guru adalah mendidik, membimbing pelajar-pelajar supaya menjadi seorang pelajar yang cemerlang, pelajar yang berguna kepada masyarakat, bangsa dan Negara serta tidak terjebak kepada perkara- perkara yang negatif. Di samping itu juga guru perlu menunjukkan sikap yang positif dan baik kepada pelajar. Ini kerana guru juga adalah role model kepada pelajar iaitu sebagai contoh yang baik kepada pelajar. Selain itu, guru boleh menjadi sahabat kepada pelajar di mana jika ada pelajar bermasalah, guru boleh membantu pelajar, menasihati pelajar supaya pelajar dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Selain mendidik, guru juga boleh menjadi kaunselor kepada pelajar-pelajar. Menjadi seorang guru juga perlu cekalkan hati, tabah, bersemangat dan sanggup menghadapi cabaran kerana tugas seorang guru pada masa kini amat berat bagi melahirkan masyarakat yang berintelek, kuat emosi, rohani dan jasmaninya.

p/s : ni karangan saya...setelah di edit, di cut sikit-sikit...nanti panjang sangat kat sini... karangan ni kena hantar pada penasihat akademik...hihi...dengan ayat skema...kui3... layan je la kan...=)


tiba-tiba kuar gambar donat kan....hihihi.... gambar yang takde kaitan... actually ni gambar donut kesukaan saya...haruslah BIG APPLE...huh sangat sedap ok...



ini pulak di panggil donashi.... sama je rasanya cuma ni versi yang cumil...sedap.....nyum3...=)


Monday, January 10, 2011

~Tahun baru penuh makna~

Assalamualaikum...

alhamdulillah saya masih lagi bernafas di atas muka bumi Allah pada tahun 2011...tahun baru dengan penuh keazaman dan semangat yang membara dalam diri... chewah, ayat skema kemain lagi.. sekali sekala nak buat ayat macam skema sikit... banyaknya rasa azam baru tahun nih, mampu ke nak buat semua tu? InsyaAllah saya cuba sedaya upaya untuk realisasikan azam baru saya... antara azam baru saya :

  1. Mau pointer 4.0 untuk semester 7 ini!!!! haha..berangan!! doakan saya wahai kawan-kawan dan especially my family...=)
  2. Semestinya tiap-tiap tahun azam ini....mau KURUS!!! haha...
cukuplah 2 azam yang saya boleh berkongsi...hihi... azam baru yang lain haruslah untuk diri sendiri... saya ni agak ketinggalan la kan.. dah 14.1.2011 baru nk citer azam baru.. teruk kan?? sekurangnya ada jugak azam baru... weeeee~



credit to google~