background blog

Tuesday, December 18, 2012

Cari mood dulu nak balik KAPIT!!

Assalamualaikum...

Tak sampai sepuluh hari lagi dah nak fly ke Bumi Kenyalang.. Sekejap je rasa mood cuti-cuti Malaysia ni. Bersantai-santai kat kampung, berjalan-jalan, makan-makan dan makan tak puas lagi. Biasalah semua benda yang kita suka mesti takkan puas KECUALI lah benda yang kita tak suka.

Sebelum nak balik Kapit nih, cari mood dulu. Sambil-sambil duk belek-belek folder gambar kat laptop nih, adalah gambar wajah kegembiraan kat Sibu sebelum balik bercuti panjang bulan lalu. Perjalanan dari Kapit ke Sibu dan Sibu ke Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur ke Kota Bharu akan memakan masa 2 hari. 

Dari Kapit ke Sibu akan menaiki Bot Express selama 3 jam dengan jarak 126km. Takde jalan darat okeh, hanya ada jalan air yang merentasi Sungai Rajang. Biasanya saya akan bermalam di Hotel kat Bandar Sibu dan akan memulakan perjalanan keesokan harinya. Pagi keesokannya barulah amik teksi ke airport Sibu dan fly ke Kuala Lumpur, lepas tu transit dulu kat Kuala Lumpur then baru fly balik ke Kota Bharu.


Kat wharf Kapit...menunggu ketibaan bot express...

 
Kami di RH Hotel, Sibu.. If ada yang datang sibu tak tau nak bermalam kat mana, saya suggest RH Hotel.. Bersebelahan dengan Wisma Sanyan, senang nak shopping!! Layanan pun terbaik.. (promote jup..heee)

 Kami di LCCT.. Transit jup sebelum fly ke Kota Bharu..


Air Asia!! (^_^)

Bila mood dah ada, maka bersedialah untuk packing barang ye! banyak wooo nak angkut balik Kapit nanti.. Ok nak p list apa yang nak bawak p Kapit nih.. (ceh semangat!!!)

Jumpa Lagi!

Bye!




Saturday, December 15, 2012

Welcome Back!!

Assalamualaikum....

Lama sangat sangat sangat sangat tak update belog nih.. Tak tau nak mulakan camana lagi dah. Sejak-sejak balik kampung nih, masa betul-betul tak mengizinkan nak mengadap laptop 24jam. Duk kapit pun macam tu jugak, bizi je manjang. Sebelum cuti sekolah banyak sangat kerja kena setel especially PBS. Kalo tak setel, memang duk mimpi PBS la sokmo. Ingat senang ke nak jadi cikgu nih. (^_^)

Sejak balik bercuti nih, syok je duk kampung nih. Duk kumpul lemak-lemak yang mana patut, kejenya makan, jalan-jalan, tido, makan lagi. heh

Dan tak lupa juga buat sahabat-sahabat yang telah menamatkan zaman single, zaman tunangan orang, SELAMAT PENGANTIN BARU.. Semoga kekal sampai syurga. Amin...

Untuk permulaan kerajinan update belog nih cukup setakat ni dulu.Nanti jumpa lagi!

Motivasi untuk diri sendiri.. WELCOME BACK!!




Wednesday, October 17, 2012

Cikgu tak ajar pun jawab macam nih!

Assalamualaikum....

Ya Ampun... sudah berkurun rasanya tak menjengah dan tak buat karangan kat sini. Sejak akhir-akhir nih sangatlah bizi. Ini bukan cobaan, ini betul-betul bizi. Al-maklumlah, pendidik yang baru menjalankan tugas kan. (^_^)...

Kali ini, saat ini dan ketika ini, barulah saya rasa tugas seorang pendidik bukan senang seperti yang orang-orang lain sangka!! Semua ingat, untung la jadi cikgu, pegi sekolah pagi, tengahari dah balik. Pada zahirnya memang macam tu kan, tapi batinnya??? atau secara tersiratnya?? hanya yang jadi cikgu je yang tahu bertapanya banyaknya tugas seorang guru. Nak cite satu-satu pun, kang nanti panjang lebar lak. Ni pun curi masa je kejap. Heh.. =)

Sekarang ni 'musim' student duk exam kan. Jadi cikgu bizi la duk marking paper, dengan PBS duk mengejar. Sume bikin kalut ribut. Dalam pada duk kalut ribut nih, ada la pelajar bikin saya GERAMM je.. Tapi nk gelak pun ada jugak. Saya pesan sebelum masuk exam,

JANGAN TINGGAL KOSONG KAT KERTAS 2 MATEMATIK, AWAK BUAT JE PENGIRAAN, MANA TAU JALAN KERJA YANG AWAK BUAT TU BETUL, CIKGU BOLEH BAGI MARKAH. 

Ok bagus semua tak tinggal kosong, TETAPI.......... (malas nak cite, tengok sendiri!!)

OPPA GANGNAM STYLE??????????? Cikgu tak ajar pulak menari dalam kelas. Adehhhh~

Cikgu tak ajar jugak jawab macam nih... (*_*)

PENGSAN!



Friday, August 31, 2012

Entri Bergambar >> E-Day

Assalamualaikum...

Mood rajin wat karangan datang dah.. datang dah.. sekali nak update 2 terus. Kira ok lah kan. Sebulan lagi baru update yang baru lak.. kuikuikui.. Balik dari cuti raya nih buat-buat bizi la pulak sebab tak sabar nak balik bercuti hujung tahun lak. Bila buat-buat bizi, masa berlalu begitu pantas. Tuptup, dah balik bercuti dah..

Syawal tahun ni cukup bermakna untuk saya. Mungkin tahun ni menyambut Syawal terakhir secara solo?? InsyaAllah.. Tarikh 21 Ogos 2012 bersamaan 3 Syawal saya bergelar tunangan orang. Alhamdulillah SYUKUR. Berkat doa kedua ibu bapa dan seluruh ahli keluarga, makanya sampai la jodoh saya. Kita manusia hanya merancang, sejauh atau sekuat mana kita merancang, andai dia bukan jodoh kita, maka kita perlu redha. Allah dah tetapkan yang terbaik untuk kita. Maka, setelah berkawan hampir 3 tahun (berkawan, bukan bercinta okeh..) makanya ditetapkan 3 Syawal sebagai tarikh rasmi untuk jadi cik tunang kepada encik tunang... heeeeeee~ Kalau nk story detik perkenalan, sampai esok pun tak habes nih, detik percintaan memang takde sebab mood baru je nak bercinta (dalam hati ada taman).. 

 Terima Kasih geng!!! Kawan-kawan yang sudi menunggu sehingga majlis selesai.... 



 Sahabat Sekolah.... Sahabat selamanya.... (^_^)

 Dap Dip Dup di dalam dada... Jantung berdebar, Hati berbunga, Amboi...... heh.....

Bakal Mak Mertua~~ hik3

 Alhamdulillah Syukur Ya Allah..... =)



 Disebalik tabir yang bertungkus lumus... Tq semua!

 Abah, Umi, Saya, Ma dan Abah...... Encik tunang?? Dia takde sebab dia tak datang.. Kenapa tak datang?? sebab dia keje dan dia tak leh balik raya.. sobssss...(^_*)


 Dan... Tak lain tak bukan, Buah hati terchenta, Encik Tunang... hikhikhik..
 

Entri Bergambar >> Syawal dan Merdeka..

Assalamualaikum...

Ho laaa... Lamenya saya bercuti buat karangan kat sini. hikhikhik. Tapi, masih belum terlambat kan untuk mengucapkan SALAM LEBARAN kepada semua umat islam yang menyambut SYAWAL tahun ini.. MAAF ZAHIR BATIN andai ada tersilap kata, terguris rasa, terkasar bahasa dan SALAM KEMERDEKAAN YANG KE-55. Saya Anak MALAYSIA!! Kan senang kira pakej terus ucapan Raya dan Merdeka. heh.

Okeh, tak mau buat karangan panjang sangat, jum layan gambar raya.... (^_______^)

Sebelum fly balik 'Mesia', lepak dulu kat Wisma Sanyan, Sibu, Sarawak!

Indahnya beraya di desa~~ mood bermata grey, tapi hanya bertahan 30 minit!!! tak suke, tak suke, tak suke.. takpelah kalo tak cantik pun tak pakai contact lens, SEKSA kot.....
 
Bermaafan di Hari raya~

 Lovely Mum....

Selamat Hari Raya semua!!! (^_^)
 






Monday, August 6, 2012

Mau terbang pulang.....

Assalamualaikum.....

Hari ni dah 17 Ramadhan. Alhamdulillah tak sampai 10 hari lagi saya akan fly balik Mesiaaaaaa!! hip hip horeyy!! Excited macam budak kecik! Tapi itulah kenyataan dan hakikatnya bila hampir 3 bulan tak menjejak kaki ke Rumahku Syurgaku! (^________^) kira lamo wooooo.. Tapi agak pelik bila anak-anak lupa nak balik kampung, tak rindukan family, dan bertahun-tahun takde khabar dan menghilang.. hurmmmm.. Kalau yang menjalankan tanggungjawab dan tugas demi Negara tercinta tu lain kira la kan.... =)

Semalam ada majlis Iftar Ramadhan kat sekolah. Syukur alhamdulillah walaupun berapa kerat je pendidik islam dan pelajar islam, majlis berlangsung dengan penuh kesederhanaan dan makanan sampai lebih-lebih dan boleh wat balik sambung makan kat umah lagi. heeee~

Suasana Ramadhan kat Kapit ni tidak seindah di semenanjung la kan. Sebab penduduk islam hanyalah minoriti dan kebanyakannya penjawat awam la yang terpaksa rela bertugas kat sini. hihuuu. jadi, moh ler kita layan beberapa pose aksi pendidik Kapit yang hiburkan hati masing-masing dan menghitung hari untuk terbang pulangggg.... 





..............................Kami tak sabar mau terbang pulang.........................



Wednesday, August 1, 2012

Cikgu rasa nak belanja kamu semua KFC!

Assalamualaikum...

Hai u olsss.. Rasa cepat pulak masa berlalu. Hari ni dah hari ke dua belas kita berpuasa. Kurang 3 minggu lagi, kita akan meninggalkan Ramadhan yang penuh barakah ini. Sobssss.

Hari ini hari yang agak malang. Eh, malang ke? Hari yang agak BERTUAH la hari ni sebab di cerap oleh Penolong Kanan 1 (PK1). Heh. 2 masa last, sebelum masuk kelas terserempak dengan PK1..

PK1 : Zati, u ajar apa ye?
Zati : Saya ajar Math Madam. Kenapa?
PK1 : Boleh saya masuk kelas sama kamu?
Zati : Eh, Boleh Madam, Takde masalah. (Mood : Kenapa ai?? kenapa?? dupdapdupdap)

Masuk je kelas, terus blablablabla... sampai la PK1 keluar 5 minit sebelum masa P&P tamat. DAN....... Yang saya sangat-sangat TABIK SPRING ialah kat SEMUA STUDENT saya!!!! Sangat TERBAIK lah korang semua!!! Bagi kerjasama yang saya betul-betul tak sangka, buat latihan semua tetibe jadi bijak pandai, yang tak tau ape-ape, yang duk main-main sebelum ni dapat buat latihan dengan baik, siap BERTANYA okeh!!! Yang paling BESTTTT skali, suruh buat jawapan dan pengiraan kat papan putih, semua berebut!!!!!! Caya lah korang!!!!

Sebelum ni, saya masuk kelas, Yang duk bermain tu, main lah, SANGAT BISING, saya ngajar kat depan buat tak tau, duk marah, buat bodo je, buat baik, menari kat kepala, yang nak belajar je duk fokus dalam kelas. Jadi singa skali, baru buat kerja, ugut sket baru buat latihan, buat nota. (^__^) KELAS 1A7 ni sangatlah TERKENAL dengan KEBISINGAN nya. Tapi hari ni, sangatlah terbaik!!

CIKGU RASA NAK BELANJA KAMU SEMUA KFC JE...

TAPI....

KAT KAPIT NIH TAKDE KFC, 
JADI CANCEL! 
hehehehehe..


 Bagi bunga je boleh???? (^___^)

 


Wednesday, July 25, 2012

Menghadapi pelajar nakal??

Assalamualaikum...

Hai semua! Rajin pulak duk update karangan tiap-tiap malam. Time takde keje memang rajin la, sambil-sambil duk menunggu 'orang itu' settlekan kerja dia. heh.

Menghadapi pelajar nakal?? Yes! semua cikgu cikgi kat atas muka bumi Allah ni memang pernah alami apa yang saya alami sekarang nih. Cuma cikgu cikgi yang lama ni dah otai dan dah tau cara nak atasi pelajar nakal nih. Tapi saya?? tak sampai setahun jagung, baru je pucuk-pucuk jagung baru nak kuar. Rasa macam berat je nak hadapi pelajar nakal nih. Tapi.... apakan daya, kena hadap jugak.. (^_^). Orang kata jadikan satu cabaran, tapi tu ORANG KATA.. Kita yang rasa?? (>_<)

Saya ada jugak strategi yang saya buat bila menghadapi pelajar nakal nih. Setakat ni OK~ la. Tapi tak pasti sampai bila akan bertahan. hihi.. Ini berdasarkan apa yang saya buat pada pelajar di kawasan pedalaman kat sini. Ada pro dan kontranya.
  1. Guru tak boleh terlalu garang sehingga pelajar rasa takut bila berhadapan dengan guru tersebut. Saya dekat sini, jadikan pelajar macam geng jer, bukan apa, dorang dengar cakap kita, buat keje kita, hormat kita dah kira OK kat sini. 
  2. Kalau kita baik, pelajar naik menari-nari kat kepala pulak kan?? Saya senang je, sape yang saya baik, duk menari-nari kat kepala saya, saya buat tak tau je kat pelajar tuh. Last-last dia akan rasa kita tak ambik port tentang dia, mula lah nak menagih simpati. heh
  3. Baik pun baik jugak, tapi jangan la sampai terlalu baik pulak kan. Dalam erti baik tu, perlu ada KETEGASAN dam mendidik anak bangsa kita nih. Sebab gurulah yang mencorak masa depan pelajar itu.
  4. Perlu beri pujian pada setiap kerja yang pelajar lakukan. Pelajar kat sini memang sangat sukakan pujian, bukan cacian, atau marah-marah. (marah-marah sayang boleh la..kikiki). Bila cikgu puji sekali, terus semangat nk buat keje. Layannnnnn... =)
Ok lah ini saja karangan untuk hari nih. heh.


Sila senyum yer cikgu!!! Senyum tu kan awet muda gitu... nanti kalo muke stress, ada je pelajar tanya, nape cikgu marah-marah hari nih??? jadi, baiklah senyum jer!!! 
 
Tapi budak-budak kelas yang saya ajar nih duk panggil saya mummy! 
Adehhhhh cikgu muda lagi yer!! (bajet muda!!)
Anak pun takde lagi okeh!!!! (^_^)
 


Rindukan wajah-wajah ini...

Assalamualaikum...

Hai semua!! Tengok status update kat Facebook semua tentang bola. Semangat betul semua kawan-kawan saya. Saya takde pulak semangat nak update apa-apa, just baca je yang orang lain update. Mood dah kat 'Malaysia' dah, bukan kat Kapit lagi.. Baru 4 hari berpuasa kottt.... Adesssss..

Entri ini saya nak share dengan semua bertapa rindunya saya pada wajah-wajah ini. Nak tau sape??

NO.1
Opkos la wajah-wajah ini... my dad, my mum, sister n brother.. Tak lebih dan tak kurang.. Bakal bertambah?? InsyaAllah.. (^_^)


NO.2

Rindu sangat... Ini sahabat sehati sejiwa, sekepala, kawan makan megi sepinggan, nasi sebungkus kongsi. Ini semua sewaktu kat rumah sewa Politeknik Kota Bharu. Sangat Merindui Puan Mien dan Puan Nano.. Saya bila lak nak jadi Puan?? Tahun depan okeh! InsyaAllah, doakan yer!!!!! =))

NO.3
Ini sahabat susah senang, suka duka, yang gado pun yang ni, yang paling sayang pun yang ni... Cik Nurani ni sahabat waktu study kat U.P.S.I.. Tak payah mention pun tau kan. Sebab U.P.S.I ni 'femes' u olsssssss. (>_<) dannnn tidak lupa geng Minor Accounting yang sangat superb!!!


NO.4
Ini semua kawan-kawan yang baru saya kenal waktu jadi Guru Sambilan kat MRSM Mersing. Tapi inilah kawan yang TERBAIK saya pernah jumpa!! Susah nak jelaskan bertapa bestnya berkawan dengan mereka.. Menitis mutiara jernih sewaktu berpisah dengan semua... Really missed them!!! 
(Rasa nak kembali ke MRSM Mersing!!!!)


NO.5
GENG KARKADAN SMKA WATANIAH, MACHANG, KELANTAN!!!!!
Susah nak snap gambar bersama semua. Masing-masing sudah ada komitmen pada keluarga dan kerjaya, Biasanya kalau jumpa time raya jer. Harap sangat semua GENG KARKADAN dapat datang ke rumah saya raya nanti!!!! yippiiiiiii...

AND...


SI DIA........ (^_^)

Okeh, dah boleh tido dengan lena....
Esok melayan "geng-geng" a.k.a student kat skolah lak.... =)




Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan...

Assalamualaikum...

Salam Pagi Jumaat semua!! Wah, alhamdulillah akhirnya kita berada di penghujung bulan Syaaban. Dan esok bermulanya bulan yang penuh barakoh iaitu RAMADHAN AL-MUBARAK.. Kedatanganmu sangat di nantikan!

Dikesempatan yang ada ini, saya memohon sejuta kemaafan andai ada silap dan salah pada semua yang mengenali saya.. (>_<) Pada bulan yang mulia nanti, penuhilah setiap masa, setiap saat dan setiap ketika dengan perkara yang mendatangkan kebaikan dan keinsafan pada diri. Yang penting kena tadarus al-Quran...

Sambut Ramadhan di Bumi Kenyalang?? Sobsssss itulah hakikatnya redha dan pasrah saja sebab inilah tempat saya mencurahkan ilmu dan mencari rezeki. Sambutan dekat sini takde lah semeriah kat kampung kan. Makanan pun sangat terhad dan masak sendiri je lebih afdal. (belajar menjadi masterchef untuk si dia! heh) Tahun ni Ramdhan yang agak sedih la sebab tak sempat la nak merasa berbuka puasa bersama family terchenta. Tak boleh nak buat permintaan makanan yang bagai dengan family. Sampai Airport Kelantan malam raya...... hukhukhuk..

Dan........ bulan Ramadhan jugak bulan menghitung hari!! Menghitung hari, detik demi detik.... (mood lagu menghitung hari!! wewewewe) Counting days for something special after Ramadhan!! (^_*)


Jom Like FB Owh So Muslim!
 



Sunday, July 15, 2012

Entri Bergambar - Rumahku syurgaku.. =)

Assalamualaikum....

Tetiba mood datang nak update belog. Mood rajin malam ni mengatasi segalanya! Okeh, malas nak story panjang-panjang, korang tengok la sendiri Rumahku Syurgaku di KAPIT, SARAWAK!


Assalamualaikum!! Ada orang tak????

 Ruang tamu....

 Ruang tamu yang belum di kemas dan semua barang-barang baru je sampai..

 Ruang tamu konsep modern kontemporari... Bajet modern lah konon....hehehe


Dining Room.. Before....

 Dining Room.... After.... =))

Kitchen... Before....
Kitchen..... After.......
 Ni la tempat favorite!!!!! MASAK! =)

Master Room! 
 Terima kasih kawan-kawan sudi datang membantu kami!!!!

 
Tanpa kawan-kawan semua, tak membentuklah KATIL dan ALMARI... Kat Kapit ni semua perabot datang dalam kotak, jadi kena pasang sendiri!! >_<

Room 2

Room 3

Room 4
 Masih lagi mencari seorang housemate!!!


Ini tempat berkebun!!! Hasil tanaman tak sempat snap lagi... next time yer!!!

And........ last but not least

Cumil kan?????? muahahaha....

Okeh, ini sajalah yang sempat saya upload. So, amacam?? rasa macam duk KAPIT, SARAWAK tak?? Opkos la tak, kan??? Kapit bukan sebarang Kapit taw! Kapit dah membangun la sket even takde jalan darat lagi.. sobsss.. Taman perumahan kat sini agak up to date la designnya. Yang masih tinggal kat rumah panjang pun ramai lagi.. Untuk mengekalkan tradisi diorang kan.. Student-student saya pun ada yang tinggal kat taman perumahan, dan yang ramainya masih lagi tinggal di rumah panjang. Kata mereka, Cikgu, kami seronok tinggal kat rumah panjang!! ramai kawan!!!!