background blog

Monday, May 28, 2012

Oh Sarawak Bumi Kenyalang!


Assalamualaikum....

Hai u olss.. Long time no see!! Alhamdulillah sekarang ni saya sudah berada di Bumi Kenyalang. Sebelum sampai sini, sangat panjang ceritanya. Bermulanya....

21 Mei 2012

Bergerak dari Kelantan ke Hentian Putra, Kuala Lumpur.

22 Mei 2012

Sesi lepak melepak kt Setiawangsa. =))

23 Mei 2012

Menuju ke Hotel Pearl International Kuala Lumpur. Rasa bersyukur sangat kawan saya sudi hantar ke Hotel dan dapat melepak-lepak kat rumah die. heh.

Sampai je hotel terus p tengok daerah mana saya ditempatkan iaitu SIBU.. kemain seronok sebab tak dapat area pedalaman. Buka buku jabatan sarawak, hanya ada 29 buah sekolah je. Hati gumbira sebab tak dapat pedalaman.

Bila tiba masa taklimat waktu malam, pegawai dari Jabatan Pelajaran Sarawak ada menjelaskan yang dapat daerah Sibu, Bintulu, Kuching dan Miri jangan ingat kamu semua dapat area bandar, Sibu terdiri daripada Mukah, Julau, Daro, Sarikei, Kapit dan banyak lagi. Sentap jantung mak nak. (dalam hati jangan la dapat KAPIT). Surat penempatan dapat malam tu jugak.

Masih lagi tertanya-tanya kemanakah saya di hantar oleh KPM? Meh kite tengok!



Ok? Dah zoom in?? Kalau tak boleh zoom in, meh saya gtaw. Saya di tempatkan di SMK Kapit No.2 di daerah Kapit! Adayang meraung-raung tak nak Kapit sebab kena naik bot express 3 jam dari Sibu. Ada bran??? Mood : redha je lah. =))

24 Mei 2012

Jam 3 pagi kena berada di lobby hotel untuk menaiki bas menuju ke KLIA. Tak sempat nak merasa tidur lena di katil empuk!

Jam 4.00 pagi tiba di KLIA dan terus ke Aras 5 untuk mengambil tiket penerbangan.

Jam 7.15 menaiki pesawat menuju ke Kuching.

Jam 9.00 pagi tiba di Kuching. dan jam 10.10 pagi menaiki pesawat lagi menuju ke Sibu.

Jam 11.00 pagi tiba di Sibu dan disambut oleh Penolong Kanan 1 dan menuju ke Warf Sibu untuk mengambil bot ke Kapit.

Jam 1.45 petang menaiki bot express menuju ke Kapit dan perjalanan mengambil masa 3 jam! Jam 5 petang tiba di bumi Kapit....................................=))

Warf dari Sibu ke Kapit...=))


Tuesday, May 22, 2012

Pengalaman itu sungguh berharga!



Assalamualaikum...

Hai u olsss... Makin lama makin slow lak berbelog nih, bukan taknak update, tapi kali nih betul-betul takde masa dan masa sangat cemburu dengan saya.Ini serius! heh. Saya sudah tamat perkhidmatan di MRSM Mersing dan kini akan menabur bakti kepada anak-anak bumi kenyalang lak. (mood : sedih tapi mungkin di sana tempat saya mencari rezeki). Sekolahnya belum taw lagi kat mana, esok akan bertaklimat di Hotel Pearl International dan dapat la taw sekolah mana saya akan ditempatkan. Neves neh =)).

Setelah 3 bulan 16 hari saya berkhidmat di MRSM Mersing, banyak sangat pengalaman yang berharga saya dapat. Terutamanya dapat kawan yang baik-baik dan leh jadi satu geng!! pengalaman mengajar kat sekolah yang cerdik pandai studentnya. Alhamdulillah semuanya dapat saya rasai. =))


I will missed it!!!



 Laluan ini......=))


 MRSM Mersing...

 Teman Baik Niza, Kak Ina, Me, dan Cik Puya...

 Geng MRSM Mersing!!

 Cikgu Ba n Ustazah Cik Puya =)


Pesan Imam Al-Ghazali :

Ukhwah seseorang itu bukan terletak pada PERTEMUAN,
Bukan pada MANISNYA UCAPAN,
Tapi, pada INGATAN DAN DOA TERHADAP SAUDARANYA....


 


Sunday, May 13, 2012

Dapat surat POSTING!!

Assalamualaikum.. 

Hai u olsss... Sudah sarapan ke belom? Hari ni rasa tak berapa nak semangat sangat, banyak benda yang bermain di fikiran. heh.. Kehangatan konvokesyen belum reda lagi, tambah pulak dengan berita penempatan guru nih. Adeh, bikin panas saja minggu nih. Mau tak berfikir panjang kan.

Kawan-kawan kat Group dalam Facebook dah mula kecoh tentang penempatan, ada yang ada nama kat Negeri Sembilan, Johor pun ada dah dan tak lupa yang sedang hangat di perkatakan dapat SARAWAK. Saya mula la menggelabah sebab surat a.k.a pos laju akan di hantar ke rumah. Sape yang dapat pos laju itu, maka, SARAWAK la tempatnya.

Maka dengan perasaan bercampur baur, gembira, SEDIH, excited, saya mendapat surat pos laju itu dan dengan rasa bangganya sapa dapat posting kat SARAWAK...huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.. Nasib baik la ramai kawan saya yang dapat sama, kalau tak, mau nanges non stop! Ni kira ok la seharian je nanges. Tapi tak leh cakap lagi dengan umi saya sebab suara tak kuar, yang kuarnya sedu sedan..miahehehe

 
Mood : Gembira, Sedih, Sebak........huuuuuu

Jadi...... SARAWAK....... i'm coming!!!




MOOD : SARAWAK!!





Tuesday, May 8, 2012

Alhamdulillah selesai Istiadat Konvokesyen U.P.S.I =)

Assalamualaikum....

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar Istiadat Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris sesi pertama 7 Mei 2012....... =)


kasi warm up dulu..

sebelum upload picture yang tak seberapa.. 

muahaha...=))




Tuesday, May 1, 2012

Teluk Gorek! Anda perlu kunjungi!!


Assalamualaikum....

Hai u olss... Tetibe rasa kekok lak nak buat karangan nih, al-maklumla dah lama tak update belog saya nih.kuikuikui. Okeh kali nih saya nak promote satu destinasi yang menarik perhatian saya sepanjang saya kat bumi Mersing nih. Ni selain dari Pulau Tioman la kan kan kan. Pulau tioman tak sempat sampai lagi, tapi... akan sampai jua ke sana. =)

Pantai ni diberi nama Teluk Gorek. Teluk Gorek ni agak terpencil tempatnya dan pantainya sangat bersih dan air pun jernih! Salah satu pantai yang menjadi perhatian pengujung setiap hujung minggu. Semua kelengkapan cukup lengkap kat sana, dan setiap orang perlu bayar RM3 sebab kebersihan pantai terjaga. Pendek kata, BEST lah! Aktiviti pun ada disediakan seperti berkayak, camping, dan banyak lagi. =) 

 Suasana di pagi hari.......

 Nak main bola tampar pantai pun boleee.....

 Sesi perkelahan bermula!!!! heh

 Us.....

 Air tak dalam!! syiokkkkkkkkk

 =))

 Excited!!!!

 Teluk Gorek....=)

 Jeling-jeling...miahehehe...=))

Ni baru satu pantai saya terjah untuk berkelah. Ada banyak lagi pantai yang perlu diterjah! heh. Kalau pantai kat area bandar mersing tu, tiap-tiap hari saya p lepak, kalo tak lepak pun lalu je takpe dah. Pantai tu tak leh mandi, boleh lepak, makan-makan je.=)) Jadi...... jadikan Teluk Gorek, salah satu destinasi yang menarik perhatian anda!!

Sekian. =)