background blog

Friday, August 31, 2012

Entri Bergambar >> E-Day

Assalamualaikum...

Mood rajin wat karangan datang dah.. datang dah.. sekali nak update 2 terus. Kira ok lah kan. Sebulan lagi baru update yang baru lak.. kuikuikui.. Balik dari cuti raya nih buat-buat bizi la pulak sebab tak sabar nak balik bercuti hujung tahun lak. Bila buat-buat bizi, masa berlalu begitu pantas. Tuptup, dah balik bercuti dah..

Syawal tahun ni cukup bermakna untuk saya. Mungkin tahun ni menyambut Syawal terakhir secara solo?? InsyaAllah.. Tarikh 21 Ogos 2012 bersamaan 3 Syawal saya bergelar tunangan orang. Alhamdulillah SYUKUR. Berkat doa kedua ibu bapa dan seluruh ahli keluarga, makanya sampai la jodoh saya. Kita manusia hanya merancang, sejauh atau sekuat mana kita merancang, andai dia bukan jodoh kita, maka kita perlu redha. Allah dah tetapkan yang terbaik untuk kita. Maka, setelah berkawan hampir 3 tahun (berkawan, bukan bercinta okeh..) makanya ditetapkan 3 Syawal sebagai tarikh rasmi untuk jadi cik tunang kepada encik tunang... heeeeeee~ Kalau nk story detik perkenalan, sampai esok pun tak habes nih, detik percintaan memang takde sebab mood baru je nak bercinta (dalam hati ada taman).. 

 Terima Kasih geng!!! Kawan-kawan yang sudi menunggu sehingga majlis selesai.... 



 Sahabat Sekolah.... Sahabat selamanya.... (^_^)

 Dap Dip Dup di dalam dada... Jantung berdebar, Hati berbunga, Amboi...... heh.....

Bakal Mak Mertua~~ hik3

 Alhamdulillah Syukur Ya Allah..... =)



 Disebalik tabir yang bertungkus lumus... Tq semua!

 Abah, Umi, Saya, Ma dan Abah...... Encik tunang?? Dia takde sebab dia tak datang.. Kenapa tak datang?? sebab dia keje dan dia tak leh balik raya.. sobssss...(^_*)


 Dan... Tak lain tak bukan, Buah hati terchenta, Encik Tunang... hikhikhik..
 

Entri Bergambar >> Syawal dan Merdeka..

Assalamualaikum...

Ho laaa... Lamenya saya bercuti buat karangan kat sini. hikhikhik. Tapi, masih belum terlambat kan untuk mengucapkan SALAM LEBARAN kepada semua umat islam yang menyambut SYAWAL tahun ini.. MAAF ZAHIR BATIN andai ada tersilap kata, terguris rasa, terkasar bahasa dan SALAM KEMERDEKAAN YANG KE-55. Saya Anak MALAYSIA!! Kan senang kira pakej terus ucapan Raya dan Merdeka. heh.

Okeh, tak mau buat karangan panjang sangat, jum layan gambar raya.... (^_______^)

Sebelum fly balik 'Mesia', lepak dulu kat Wisma Sanyan, Sibu, Sarawak!

Indahnya beraya di desa~~ mood bermata grey, tapi hanya bertahan 30 minit!!! tak suke, tak suke, tak suke.. takpelah kalo tak cantik pun tak pakai contact lens, SEKSA kot.....
 
Bermaafan di Hari raya~

 Lovely Mum....

Selamat Hari Raya semua!!! (^_^)
 






Monday, August 6, 2012

Mau terbang pulang.....

Assalamualaikum.....

Hari ni dah 17 Ramadhan. Alhamdulillah tak sampai 10 hari lagi saya akan fly balik Mesiaaaaaa!! hip hip horeyy!! Excited macam budak kecik! Tapi itulah kenyataan dan hakikatnya bila hampir 3 bulan tak menjejak kaki ke Rumahku Syurgaku! (^________^) kira lamo wooooo.. Tapi agak pelik bila anak-anak lupa nak balik kampung, tak rindukan family, dan bertahun-tahun takde khabar dan menghilang.. hurmmmm.. Kalau yang menjalankan tanggungjawab dan tugas demi Negara tercinta tu lain kira la kan.... =)

Semalam ada majlis Iftar Ramadhan kat sekolah. Syukur alhamdulillah walaupun berapa kerat je pendidik islam dan pelajar islam, majlis berlangsung dengan penuh kesederhanaan dan makanan sampai lebih-lebih dan boleh wat balik sambung makan kat umah lagi. heeee~

Suasana Ramadhan kat Kapit ni tidak seindah di semenanjung la kan. Sebab penduduk islam hanyalah minoriti dan kebanyakannya penjawat awam la yang terpaksa rela bertugas kat sini. hihuuu. jadi, moh ler kita layan beberapa pose aksi pendidik Kapit yang hiburkan hati masing-masing dan menghitung hari untuk terbang pulangggg.... 





..............................Kami tak sabar mau terbang pulang.........................



Wednesday, August 1, 2012

Cikgu rasa nak belanja kamu semua KFC!

Assalamualaikum...

Hai u olsss.. Rasa cepat pulak masa berlalu. Hari ni dah hari ke dua belas kita berpuasa. Kurang 3 minggu lagi, kita akan meninggalkan Ramadhan yang penuh barakah ini. Sobssss.

Hari ini hari yang agak malang. Eh, malang ke? Hari yang agak BERTUAH la hari ni sebab di cerap oleh Penolong Kanan 1 (PK1). Heh. 2 masa last, sebelum masuk kelas terserempak dengan PK1..

PK1 : Zati, u ajar apa ye?
Zati : Saya ajar Math Madam. Kenapa?
PK1 : Boleh saya masuk kelas sama kamu?
Zati : Eh, Boleh Madam, Takde masalah. (Mood : Kenapa ai?? kenapa?? dupdapdupdap)

Masuk je kelas, terus blablablabla... sampai la PK1 keluar 5 minit sebelum masa P&P tamat. DAN....... Yang saya sangat-sangat TABIK SPRING ialah kat SEMUA STUDENT saya!!!! Sangat TERBAIK lah korang semua!!! Bagi kerjasama yang saya betul-betul tak sangka, buat latihan semua tetibe jadi bijak pandai, yang tak tau ape-ape, yang duk main-main sebelum ni dapat buat latihan dengan baik, siap BERTANYA okeh!!! Yang paling BESTTTT skali, suruh buat jawapan dan pengiraan kat papan putih, semua berebut!!!!!! Caya lah korang!!!!

Sebelum ni, saya masuk kelas, Yang duk bermain tu, main lah, SANGAT BISING, saya ngajar kat depan buat tak tau, duk marah, buat bodo je, buat baik, menari kat kepala, yang nak belajar je duk fokus dalam kelas. Jadi singa skali, baru buat kerja, ugut sket baru buat latihan, buat nota. (^__^) KELAS 1A7 ni sangatlah TERKENAL dengan KEBISINGAN nya. Tapi hari ni, sangatlah terbaik!!

CIKGU RASA NAK BELANJA KAMU SEMUA KFC JE...

TAPI....

KAT KAPIT NIH TAKDE KFC, 
JADI CANCEL! 
hehehehehe..


 Bagi bunga je boleh???? (^___^)