background blog

Thursday, October 13, 2011

Dunia semakin canggih, kita semakin?????

Assalamualaikum....

Pelajar Perempuan dilaporkan hilang selepas ke sekolah

KANGAR: Seorang pelajar perempuan yang berbasikal ke sekolah pagi semalam dilaporkan hilang setelah tidak pulang ke rumah sehingga hari ini.

Bagaimanapun Nurul Nursyawaltie Mohd Sabri, 14, yang menetap di Taman Bukit Kayangan dekat sini dikatakan tidak berada di sekolahnya semalam dan basikalnya ditemui di sebuah kawasan perumahan berhampiran.

Bapanya, Mohd Sabri Samat, 35, yang ditemui di sini berkata, beliau menunggu anak sulungnya di lokasi basikal ditemui sehingga petang semalam namun kelibat anaknya tidak kelihatan.

Eksekutif produksi sebuah syarikat menjahit pakaian itu berkata, beliau telah membuat laporan polis awal hari ini.


Pelajar tingkatan dua, Sekolah Menengah Putra itu dikatakan mempunyai sejumlah besar sahabat dalam laman sosial facebook.

Mohd Sabri tidak menolak kemungkinan anaknya ke Pulau Pinang kerana mempunyai ramai kawan di negeri itu apatah lagi sebelum ini mereka sekeluarga menetap di sana. - Bernama


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

SUMBER : HARIAN METRO




Apa nak jadi dengan dunia sekarang...jika kita salahkan kepada teknologi semata-mata, ini tidak adil kerana zaman dan dunia sekarang memerlukan teknologi..semua maklumat hanya di hujung jari...(gituuuuu)...jadi berpada-padalah jika bersosial tambah-tambah dengan Facebook yang sangat glemer itu......betul tak korang???

psssstttttt>>>>>>>>>>>> apa kata kalau kat laman Fecebook tu kan, just approve yang betul-betul kawan kite jer.. contoh : kawan sekolah rendah, menengah, kawan ipta, kawan sekampung dan manusia yang kite kenal jeww.... yang kite tak kenal tu, buat penapisan dulu la yerk.... ok?? heee~

okeh tuju lagu untuk malam nih>>>>>>>>





jom layan...........=)





No comments:

Post a Comment