background blog

Wednesday, September 28, 2011

Mulakan Pagi anda dengan CERIA!!!

Assalamualaikum...

selamat pagi Malaysia!!! wah giler pagi bukak blog, mimpi ke hape aku neh??kui3... biasa la kan, terbangun awal lak, pastuh dah malas nak tido, kang terbabas kang, dapat 'ceramah' free dengan umi, padan muke!

hari ini saya nak mulakan oagi saya dengan ceria dan gumbira! horeyy!! anda bagaimana?? moh kite same-same lmulakan pagi kite dengan doa semoga kita ceria dan gembira tanpa sebarang masalah yang melanda okeh!

jom kita semak ada 7 tip yang kita patut lakukan pada waktu pagi macam nih!

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.

Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.

Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.


3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.

Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.


4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.

Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri

Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah

Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan

Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.


Saya COPY artikel nih kat SINI...


Jom Kite SEMAK!!

  1. Saya sangat bersyukur, saya masih lagi berada di sini.... =)
  2. Pagi ini saya sangat bersemangat! alamak, da mentenet pepagi lagi! tapi takde bukak email, just bukak blog jerk! Ahaksss!
  3. Saya selalu dengar radio THR gegar Permata Pantai Timur! ada sesi motivasi pagi bersama Datuk Dr. Fadzilah Kamsah! syokk dengar!
  4. Turun je kete terus baca Bismillahirrahmanirrahim.... selalu berniat dalam hati nak buat yang terbaik untuk student!!
  5. Okeh no.5 nih! hari ni dah set dalam minda nak siapkan update semua maklumat student kelas saya yang dapat duit KWAPM..insyaAllah mudah-mudahan berjaya!
  6. Hari ni saya pakai baju warna purple!! ceria le tuuuuuuuu=)
  7. Penuhkan hati dengan KEMAAFAN!! insyaAllah semoga saya sentiasa memaafkan kesilapan sesiapa sahaja yang pernah melukai atau meyakiti hati saya..Aminn
ceria macam ni okeh!!! mood : miss my kupu2...=)

Okeh jumpa lagi!!=)

Salam ceria dan Gembira semua!!!!


No comments:

Post a Comment