background blog

Monday, January 17, 2011

~C.I.K.G.U~


Alhamdulillah, ini adalah tahun terakhir saya berada di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan semangat serta kekuatan saya untuk menjadi seorang guru semakin membara walaupun pada mulanya saya agar teragak-agak dan kurang berkeyakinan. Kenapa saya ingin menjadi seorang guru adalah untuk mendidik anak-anak bangsa supaya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu, bertanggungjawab dan mampu mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.. Di samping itu juga saya boleh berkongsi pengalaman, berkongsi pendapat dengan pelajar-pelajar supaya hubungan antara pelajar sentiasa baik. Selain itu juga, saya ingin cuba mendalami isi hati pelajar-pelajar yang bermasalah dan ingin mengetahui punca-punca berlakunya masalah-masalah pelajar di sekolah. InsyaAllah. Kenapa saya ingin menjadi seorang guru juga adalah kerana pilihan keluarga saya yang ingin saya menjadi seorang pendidik dan seperti juga bapa saya yang juga seorang pendidik.

Apa yang saya perlu lakukan sebagai seorang guru adalah mendidik, membimbing pelajar-pelajar supaya menjadi seorang pelajar yang cemerlang, pelajar yang berguna kepada masyarakat, bangsa dan Negara serta tidak terjebak kepada perkara- perkara yang negatif. Di samping itu juga guru perlu menunjukkan sikap yang positif dan baik kepada pelajar. Ini kerana guru juga adalah role model kepada pelajar iaitu sebagai contoh yang baik kepada pelajar. Selain itu, guru boleh menjadi sahabat kepada pelajar di mana jika ada pelajar bermasalah, guru boleh membantu pelajar, menasihati pelajar supaya pelajar dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Selain mendidik, guru juga boleh menjadi kaunselor kepada pelajar-pelajar. Menjadi seorang guru juga perlu cekalkan hati, tabah, bersemangat dan sanggup menghadapi cabaran kerana tugas seorang guru pada masa kini amat berat bagi melahirkan masyarakat yang berintelek, kuat emosi, rohani dan jasmaninya.

p/s : ni karangan saya...setelah di edit, di cut sikit-sikit...nanti panjang sangat kat sini... karangan ni kena hantar pada penasihat akademik...hihi...dengan ayat skema...kui3... layan je la kan...=)


tiba-tiba kuar gambar donat kan....hihihi.... gambar yang takde kaitan... actually ni gambar donut kesukaan saya...haruslah BIG APPLE...huh sangat sedap ok...



ini pulak di panggil donashi.... sama je rasanya cuma ni versi yang cumil...sedap.....nyum3...=)


No comments:

Post a Comment