background blog

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan...

Assalamualaikum...

Salam Pagi Jumaat semua!! Wah, alhamdulillah akhirnya kita berada di penghujung bulan Syaaban. Dan esok bermulanya bulan yang penuh barakoh iaitu RAMADHAN AL-MUBARAK.. Kedatanganmu sangat di nantikan!

Dikesempatan yang ada ini, saya memohon sejuta kemaafan andai ada silap dan salah pada semua yang mengenali saya.. (>_<) Pada bulan yang mulia nanti, penuhilah setiap masa, setiap saat dan setiap ketika dengan perkara yang mendatangkan kebaikan dan keinsafan pada diri. Yang penting kena tadarus al-Quran...

Sambut Ramadhan di Bumi Kenyalang?? Sobsssss itulah hakikatnya redha dan pasrah saja sebab inilah tempat saya mencurahkan ilmu dan mencari rezeki. Sambutan dekat sini takde lah semeriah kat kampung kan. Makanan pun sangat terhad dan masak sendiri je lebih afdal. (belajar menjadi masterchef untuk si dia! heh) Tahun ni Ramdhan yang agak sedih la sebab tak sempat la nak merasa berbuka puasa bersama family terchenta. Tak boleh nak buat permintaan makanan yang bagai dengan family. Sampai Airport Kelantan malam raya...... hukhukhuk..

Dan........ bulan Ramadhan jugak bulan menghitung hari!! Menghitung hari, detik demi detik.... (mood lagu menghitung hari!! wewewewe) Counting days for something special after Ramadhan!! (^_*)


Jom Like FB Owh So Muslim!
 



2 comments:

  1. Dah like fanpage tuh:)
    slamat berpuasa ! ^^

    ReplyDelete
  2. Amyzana >>>>> Thanks.. Selamat Berpuasa.. =)

    ReplyDelete