background blog

Friday, June 22, 2012

Haiwan Kesayangan Di dalam Kelas..Erkk

Assalamualaikum..

Gelagat student? banyak jenis dan peringkat. Setakat ni saya rasa semalam adegan paling kritikal la penah saya jumpa. Biasanya student tak dengar cakap, bising, bergurau, bergaduh sesama die tapi melawan cakap cikgu tak pernah lak kalau dekat sini. Budaya hormat pada guru masih ada. Bila cikgu marah, semua diam, pastuh die bising smula. heh. Itu perkara biasa.

Ini perkara agak luar biasa bila student bawak haiwan 'kesayangan' dalam kelas. Semalam saya ada relief satu kelas ketiga last. Masuk je semua diam, pastu buat kerja masing-masing, ada yang bersembang sesama diorang. Ada sekumpulan student lelaki ni nak tunjuk sesuatu pada saya...

Student : Cikgu, saya ada benda nak tunjuk cikgu
Cikgu : Apedia? tunjuk la..
Student : (Keluarkan haiwan kesayangan)...
Cikgu : Errrkkkkkkk..(Nasib baik cikgu takde sakit jantung).. Mana awak dapat?
Student : Saya cari dalam hutan sana cikgu..
Cikgu : Speechless...Erkkk ok........

Adehhh... nassib la cikgu takde sakit jantung, kalau tak, mau pengsan je terus. Student kawasan pedalaman macam ni, haiwan 'kesayangan' macam tuh dah sangat biasa dah. Saya tanya sume student, takut ke pada haiwan 'kesayangan' tu? sume jawab TAK.. Ape cikgu boleh buat?? Layannnnn...=))

Opssss... Nak tau ke ape benda haiwan 'kesayangan' tuh?? Tak payah tau, nanti sume heart attack! =))

Untungnya bila jadi pendidik kawasan pedalaman~
Pic kredit to en.google~

No comments:

Post a Comment