background blog

Friday, April 6, 2012

Permainan Ping Pong?? Boleh ke??

Assalamualaikum...

Pagi yang gelap...Errr tak boleh nyanyi lagu tu hari nih, sebab pagi memang gelap lagi dan masih tak terang akibat mendung je suasana nih. heh. Kat tempat korang cmana? Adakah sama seperti di atas atau sebaliknya?


Suasana pagi di Bengkel Kemahiran Hidup MRSM Mersing=)

Semenjak dua menjak nih alhamdulillah timbul kesedaran sivik dalam diri ai untuk beriadah di petang hari. Wah gitu kan, tetibe semangat patriotik 1 Malaysia!! Aktiviti yang menjadi pilihan hati ai setakat hari ni permainan ping pong. Sangat la seronok permainan nih. Dulu tengok orang je duk main kat TV, ingat susah nak main. Tapi sekali cuba, sampai bawak dalam mimpi u olsss.. (poyo jer).

Sedikit info tentang permainan ping pong.


Sejarah Ping Pong

Pada mulanya permainan ping pong merupakan satu kegiatan masa lapang yang digemari oleh penuntut-penuntut universiti di Britain.Corak atau bentuk pertama permainan ini telah didaftarkan pada tahun 1891 oleh Charles Barter dari Gloucestershire dan lebih kurang pada masa yang sama James Gibb-salah seorang pelopor Persatuan Olahraga Amatur Britain-membawa balik bola mainan seluloid dari Amerika yang diperkenalkan sebagai alternatif kepada bola getah atau gabus yang digunakan pada masa itu.Tindakan itu membawa kejayaan kepada pengilang seperti Gossima, Whiff Wall, Flim Flam dan Table Tennis.

Apabila raket yang disaluti velum diperkenalkan, istilah ping pong dicipta, ia diambil daripada bunyi 'ping' yang dihasilkan apabila bertembung bet dengan bola dan 'pong' yang terhasil apabila ia melantun di atas meja.

Pada tahun1902, seorang profesor pelawat Jepun telah membawa balik permainan ini ke Jepun dan memperkenalkannya kepada pelajar-pelajar universiti di sana. Tidak lama kemudian seorang penjual berbangsa British, Edward Shires telah memperkenalkan permainan ini kepada orang-orang Vienna dan Budapest. Dengan ini benih perkembangan sukan ini telah tersemai dan menarik minat orang ramai.


Peralatan Ping Pong

Ping-pong boleh dimainkan di dalam dewan atau luar dewan. Peralatannya tidak banyak. Ianya memerlukan sebuah meja, sebiji bola, bet pingpong dan 2 orang pemain atau 4 untuk bergu. Untuk mengawal permainan 2 orang pengadil diperlukan.




Ciri-ciri meja pingpong. satu garisan putih yang tebal 2cm di setiap sisi meja permukaan meja berwarna hijau atau biru pudar, permukaan meja boleh diperbuat daripada apa sahaja tetapi mesti memberikan 'bum' bola lebih kurang 23cm tinggi apabila bola dijatuhkan pada ketinggian 30 cm, tinggi meja dari lantai ialah 76cm, dan meja berbentuk segiempat tepat.



Ciri-ciri bola pingpong bola berdiameter 40mm, berwarna kuning atau putih, diperbuat daripada bahan seluloid. Ciri-ciri jaring, panjang jaring ialah 1.85m dengan tinggi jaring daripada permukaan meja 1.525m.





Ciri-ciri bet-tebal keselurahan getah dan span tidak melebihi 4mm. Semua getah bet di peringkat antarabangsa menpunyai logo ITTF, getah yang digunakan ialah getah terbalik 'reverse' yang licin dan rata dengan lapisan bintik-bintik terbalik di bawah (inverted pimples) dan diikuti oleh satu lapisan span. Diperbuat daripada kayu yang lembut dan tidak melebihi 5 lapisan kayu.



Ciri-ciri pakaian-pakaian untuk lelaki-baju lengan pendek, seluar pendek, stoking dan kasut. Pakaian untuk wanita ialah baju lengan pendek/panjang, seluar sukan panjang/pendek stoking dan kasut. Warna baju dan seluar mestilah berlawanan dengan warna bola.


Cara Permainan

Biasanya pungutan mata ialah sebanyak 11/21mata (lelaki & perempuan). Terdapat beberapa peraturan untuk membuat servis iaitu:-

  1. Servis akan bermula dengan bola mesti sentiasa berada di dalam tapak tangan bebas yang pegun, terbuka dengan jari tertutup dan ibu jari bebas.
  2. Tangan bebas yang membawa bola mesti sentiasa berada di atas permukaan meja dan di belakang garisan meja.
  3. Semasa membuat servis , bet mesti berada di atas permukaan meja dan memukul di garisan belakang meja.
  4. Bola mesti dilempar tegak sekurang-kurangnya 16 cm ke atas oleh tapak tangan tanpa menjanakan sebarang putaran.
  5. Bola mesti dipukul semasa ia menurun supaya dalam permainan perseorangan, ia melantun di kawasan pembuat servis dan kemudian di kawasan penerima. Dalam permainan bergu, ia melantun di kawasan kanan pembuat servis dan kemudian di kanan penerima.
  6. Pemain yang membuat servis perlu meastikan bahawa tindakannya dapat dilihat sepenuhnya oleh pengadil.
NAK TAHU LEBIH LANJUT?? KLIK SINI

Masa nak main ping pong nih suke hati je yer. Samada pagi, petang atau malam. Tapi ai suka waktu petang, nama pun waktu riadah kan. Kita gunakan sepenuhnya waktu riadah. Chaiyok!



No comments:

Post a Comment