background blog

Wednesday, October 5, 2011

Malu nikah tak jadi

Assalamualaikum...

selamat pagi Malaysia!!!! hari ni bukak lappy terus tengok metro online nih... kenapa perlu terjadi situasi seperti nih????

myMetro | Malu nikah tak jadi

PUTRAJAYA: Majlis akad nikah seorang wanita berusia 24 tahun yang sepatutnya berlangsung di sebuah masjid di sini kelmarin, tidak kesampaian apabila bakal pengantin lelaki ‘ghaib’ dipercayai hanya tidak mempunyai baju Melayu putih.

Keadaan itu menyebabkan keluarga pengantin perempuan menanggung malu kepada imam, saksi serta sanak-saudara apabila majlis berkenaan terpaksa dibatalkan.

Menurut pengantin perempuan yang mahu dikenali sebagai Julia, dia sepatutnya dinikahkan dengan teman lelakinya yang sama usia selepas solat Isyak hari berkenaan berikutan kedua-dua keluarga sudah bersepakat melangsungkan majlis berkenaan.

Katanya, persiapan majlis akad nikah itu dibuat sejak akhir Ogos lalu.


Julia berkata, hasil perbincangan, keluarga teman lelakinya bersetuju mereka dinikahkan, malah meminta dia dan teman lelaki menghadiri kursus perkahwinan minggu lalu.


Semoga tabah mengahadapi segala dugaan....


Tuesday, October 4, 2011

Permainan budak-budak sekolah~

Assalamualaikum....

hai u olssss...... hari ni mau cerita permainan kanak-kanak tak cukup umur. heeee~ tadi saya kena relief kelas tahun 3, tak taw lak nak ngajar ape kan, so suruh budak-budak kecik nih buat keje sendiri la kan...cikgu diorang cuti sakit, so saya kena relief..

ni la aktiviti budak-budak kecik nih.. nama pun budak kecik kan...


okeh, kalo yang lelaki memang wajib la main benda alah nih... lawan kereta...kereta sape paling pantas...ala-ala litar sepang gitu.... yang tak leh belah sangat, bagi cikgu amik picture kete diorang.. susun siap!!! al-maklum la, nama pun budak.....hadoiiiiii......

okeh..budak pompuan lak main dokter-dokter... bakal-bakal doktor la sume nih....insyaAllah.......bahan-bahan yang diperlukan untuk jadi dokter...

  1. lidi satay
  2. gam
  3. tisu
cara-cara nak ubati pesakit :
  1. letak gam sket pada lidi satay tersebut...
  2. amik tangan pesakit, buat2 cucuk lerr...kang tercucuk betul2 eden yang susah!
  3. pastuh bagi pesakit tisu!!!
banyak betul idea budak-budak tak cukup umo nih.....aduyaiii penat melayan karenah diorang...asalkan duk diam sudeeeeee......

cikgu pun nak jugakkkkk......haha.....peace di situ.....