background blog

Sunday, June 24, 2012

Baru sebulan?? Rasa macam setahun sudah..

Assalamualaikum....

Baru je nak rajin-rajin update. asyik kuar benda alah ni jer!! Grrrrrrrrrrrrrrrrr....


Marah sket, dan dan elok.... heh.... nak suh update le tuuuu.. terima kasih pada yang sudi membaca yer!

Hari ni Ahad bersamaan 24 Jun 2012. Maka genaplah sebulan saya menetap dan menabur bakti di bumi kapit nih. Baru sebulan??? Ingat dah setahun dah! Perasaan rindu pada kampung halaman mula la menerjah. Biasanya sebulan tu paling lama la tempoh tak pulang ke kampung halaman. (Ayat karangan tingkatan 1 ke tahun 1???) Ni bila dah menetap kat seberang laut nih, agak susah la nak pulang sebulan sekali, dengan tiket flight, perjalanan pun dah mengambil masa 2 hari untuk pergi dan balik. Fening kalo fikir.

Cuti berhujung minggu pun tak syiokk sangat la sebab tak taw nak p jalan kat mana. Kalo nak p pekan, 10 minit, da abes pusing-pusing dah. Adeh bikin stress! Tapi yang seronoknya, duit boleh je simpan ketat ketat dalam bank, dalam ASB, Tabung Haji dan seangkatan dengannya! Adakah saya tergolong dalam golongan penyimpan itu?? Jawapan.. Tidak pasti sebab sekarang shopping online pun jadi!!!!!!! klik aja maybank2u.. Selamat fulus mania! Adehhhh.. Tapi bekalan untuk masa depan InsyaAllah ada la serba sedikit. heh.

Itu saja untuk kali ini...hihihihi... 24 Mei 2012 - 24 Jun 2012 = Sebulan di Kapit..=))

Inilah Pekan Kapit, Sarawak..
Pic dari Kami Guru Sarawak~

Aset pertama di bumi Kapit~ Wehuuuuu jom merempit! Opssssss.. Jaga tatasusila ye cikgu!!

Thanks pada yang sudi singgah.. (^_^)

Friday, June 22, 2012

Haiwan Kesayangan Di dalam Kelas..Erkk

Assalamualaikum..

Gelagat student? banyak jenis dan peringkat. Setakat ni saya rasa semalam adegan paling kritikal la penah saya jumpa. Biasanya student tak dengar cakap, bising, bergurau, bergaduh sesama die tapi melawan cakap cikgu tak pernah lak kalau dekat sini. Budaya hormat pada guru masih ada. Bila cikgu marah, semua diam, pastuh die bising smula. heh. Itu perkara biasa.

Ini perkara agak luar biasa bila student bawak haiwan 'kesayangan' dalam kelas. Semalam saya ada relief satu kelas ketiga last. Masuk je semua diam, pastu buat kerja masing-masing, ada yang bersembang sesama diorang. Ada sekumpulan student lelaki ni nak tunjuk sesuatu pada saya...

Student : Cikgu, saya ada benda nak tunjuk cikgu
Cikgu : Apedia? tunjuk la..
Student : (Keluarkan haiwan kesayangan)...
Cikgu : Errrkkkkkkk..(Nasib baik cikgu takde sakit jantung).. Mana awak dapat?
Student : Saya cari dalam hutan sana cikgu..
Cikgu : Speechless...Erkkk ok........

Adehhh... nassib la cikgu takde sakit jantung, kalau tak, mau pengsan je terus. Student kawasan pedalaman macam ni, haiwan 'kesayangan' macam tuh dah sangat biasa dah. Saya tanya sume student, takut ke pada haiwan 'kesayangan' tu? sume jawab TAK.. Ape cikgu boleh buat?? Layannnnn...=))

Opssss... Nak tau ke ape benda haiwan 'kesayangan' tuh?? Tak payah tau, nanti sume heart attack! =))

Untungnya bila jadi pendidik kawasan pedalaman~
Pic kredit to en.google~