background blog

Wednesday, June 13, 2012

Hari Pertama =))

Assalamualaikum..

Hai orang Malaysia! Orang Kapit sini sudah lama tak update karangan kat sini. Takde masa dan sangat bizi dengan rutin harian. Hari ni alhamdulillah hari kedua menabur bakti kepada anak-anak Bumi Kenyalang ini. Sangat teruja untuk mendapat pengalaman baru berdepan dengan pelajar dari suku kaum iban ini. Yang penting dapat belajar bahasa iban! =))

HARI PERTAMA??

 Hari Pertama menjadi GURU hakiki banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Jadi redha je lah kan sebab guru baru la katakan. Nasib la jadi Guru kelas tingkatan 2A4. Takda la haruuu sangat kan. Cik nor (rakan seangkatan a.k.a housemate jugakkk) jadi guru kelas 2A10. Terbaekk!! heh..

OPSYEN???

Opsyen saya Kemahiran Hidup/Perakaunan. Tapi saya diberi tugas untuk mengajar MATEMATIK! Ade bran?? Takde nak bran sangat, jadi inilah CABARAN yang sebenarnya!! Kata PK 1 saya, kamu semua datang pertengahan tahun, susah nak bagi ajar opsyen masing-masing. Saya terima seadanya ajar Matematik tingkatan 1 dan 2. =))

Huaaarrrrgghhhhh...Ngantuk! Hari ni ada meeting guru sebelah malam. Biasanya sekolah ini akan adakan meeting guru-guru pada waktu malam sebab sekolah 2 sesi dan taknak ganggu P&P. Itu baru pengalaman hari pertama. Belum lagi pengalaman  masuk rumah sewa, nanti saya update okeh!!  Masa untuk mimpi indah!!! =))

IKLAN JUP....=)
 
 Konvokesyen!!!


Alhamdulillah, selesai istiadat Konvokesyen Universiti Pendidikan Idris kali ke-14....





Friday, June 1, 2012

Kapit, Sarawak.....Ada Bran???


Assalamualaikum....

Hai orang Malaysia!! Bajet duk oversea la katakan. (^_^) Alhamdulillah bumi Kapit hujan hari nih, sampai p pasar pun habis basah lenjun sebab p pasar merempit bersama Cik.Nor. Rasa bersyukur sangat ditemukan dengan cikgu semenanjung yang baik hati bagi tumpang rumah dan bagi pinjam moto. Kalo tak, hidup merempat la kat sini sementara nak tunggu rumah sewa siap dan setel!

Sebut tentang Kapit nih, semua orang takot, semua orang serun dengar kan. Tapi...... Kapit nih bukan seperti anda sangka.

Jangan ingat nak sampai bumi Kapit nih kena naik 4x4 pulak! oh no no no.. Ini kalau nak p area yang lagi pedalaman. Nak datang Kapit nih, naik benda ni jer...

Naik bot express ni jer! Ala-ala ferry nak p Pulau Langkawi gituuuu.... Kalo nak yang selesa, ambik je tiket first class, bukan mahal pon RM30 je. Bot ini akan mengambil masa 3 jam untuk sampai ke Kapit dari Warf Sibu. Sampai nak menggelupur duduk dalam bot, bertapa bosannya masa 3 jam itu. heh.

Setelah 3 jam berada dalam bot yang sejuk itu (first class econ sejuk woooo), anda akan merentasi ini!!!! Warf Kapit! Ada bran??? Ini la yang menggerunkan bagi sesetengah rakan-rakan termasuk saya lah sebab dah tiba kat sini... Apa yang bermain di fikiran ialah :

Pertama sekali :::: Kena berjalan dari bot ke bot untuk sampai ke warf ini.

Kedua :::: Kalo tergelincir???? 

Lu fikir la sendiri!! =))

Ini lah pekan Kapit dari pandangan atas! jangan cakap Kapit nih pedalaman okeh. heh. Cuma nak datang sini jer terpaksa naik bot express 3 jam. Disebabkan di bumi Kapit inilah tempat saya mencari rezeki, jadi saya redha dan terima seadanya. Alhamdulillah Kapit nih semua kemudahan ada termausk Bank (penting woo..heh), Klinik Kesihatan, Masjid, Pejabat-pejabat Kerajaan semua ada la kat sini. Talian komunikasi maxis dan celcom boleh diterima dengan baik. =)

Dan... inilah tempat saya mencari rezeki dan tempat saya bakal mendidik anak bangsa!!!

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAPIT NO.2,
KAPIT, SARAWAK.

Psstttt>>> ada picture di ambil dari group KAMI GURU SARAWAK dari facebook. =)