background blog

Wednesday, October 5, 2011

Menu Diet yang senang, simple, mudah dan.... Sedap!!

Assalamualaikum.....

hari nih segmen masak-masak lak k... disebabkan sekarang mood saya sedang berdiet, saya nak berkongsi resepi dengan korang semua... ini resepi diet taw!! sangat senang, simpe, mudah dan...SEDAP!!! dan sesuai untuk orang yang tak sabar nak makan macam saya!! kui3

menu nih saya dapat time belajar dulu, saya tak tanya pun resepi sebenar yang student katering tu buat, ni saya agak-agak jew... kalau sedap tu kire betul la kan...kan...kan... ahaksss...

PRAWN COCKTAIL....

Bahan-bahan

  1. udang (suke hati korang la nak letak berapa pon, tak kesah)
  2. salad
  3. sos thousand island

Cara-cara

  1. udang perlu dibuang kulit, kepala sume lah...pastuh belah belakang die, buang taik! pastuh rebus, letak garam sket jew..
  2. salad tuh kena basuh bersih-bersih, kalau boleh rendam air garam kejap jerk..
3. dah siap semua, toskan udang yang telah siap direbus, masukkan dalam pinggan.


4. potong salad kecik-kecik sket, jangan kecik sangattaw! muat-muat mulut kite la yer! pastuh letak atas udang tadi.



5. kemudian letakkan sos thousand island tadi.. then gaul-gaul ler...


6. pastuh...MAKAN!!!!!!!!


ok...sekian..=)



Malu nikah tak jadi

Assalamualaikum...

selamat pagi Malaysia!!!! hari ni bukak lappy terus tengok metro online nih... kenapa perlu terjadi situasi seperti nih????

myMetro | Malu nikah tak jadi

PUTRAJAYA: Majlis akad nikah seorang wanita berusia 24 tahun yang sepatutnya berlangsung di sebuah masjid di sini kelmarin, tidak kesampaian apabila bakal pengantin lelaki ‘ghaib’ dipercayai hanya tidak mempunyai baju Melayu putih.

Keadaan itu menyebabkan keluarga pengantin perempuan menanggung malu kepada imam, saksi serta sanak-saudara apabila majlis berkenaan terpaksa dibatalkan.

Menurut pengantin perempuan yang mahu dikenali sebagai Julia, dia sepatutnya dinikahkan dengan teman lelakinya yang sama usia selepas solat Isyak hari berkenaan berikutan kedua-dua keluarga sudah bersepakat melangsungkan majlis berkenaan.

Katanya, persiapan majlis akad nikah itu dibuat sejak akhir Ogos lalu.


Julia berkata, hasil perbincangan, keluarga teman lelakinya bersetuju mereka dinikahkan, malah meminta dia dan teman lelaki menghadiri kursus perkahwinan minggu lalu.


Semoga tabah mengahadapi segala dugaan....