background blog

Tuesday, August 9, 2011

Puasa Oh Puasa~

Assalamualaikum......

hai korang......sume mesti da kenyang time neh...tgk makanan kegemaran pun dah tak mau... ce kalo tengahari sok, sume rase nak ngap dan dan tu jugak kan...kan...kan... ahaksss....

masa belum terlambat saya nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak... semoga ramadhan tahun ini akan mendapat keberkatan dariNYA...

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak elebihan dan keistimewaan. kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'aban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjangRamadhan ini, di sini terdapat beberapa hadis yang menceritakan kelebihannya..

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

nak baca lebih lanjut lagik, KLIK SINI....=)



No comments:

Post a Comment