background blog

Friday, August 31, 2012

Entri Bergambar >> E-Day

Assalamualaikum...

Mood rajin wat karangan datang dah.. datang dah.. sekali nak update 2 terus. Kira ok lah kan. Sebulan lagi baru update yang baru lak.. kuikuikui.. Balik dari cuti raya nih buat-buat bizi la pulak sebab tak sabar nak balik bercuti hujung tahun lak. Bila buat-buat bizi, masa berlalu begitu pantas. Tuptup, dah balik bercuti dah..

Syawal tahun ni cukup bermakna untuk saya. Mungkin tahun ni menyambut Syawal terakhir secara solo?? InsyaAllah.. Tarikh 21 Ogos 2012 bersamaan 3 Syawal saya bergelar tunangan orang. Alhamdulillah SYUKUR. Berkat doa kedua ibu bapa dan seluruh ahli keluarga, makanya sampai la jodoh saya. Kita manusia hanya merancang, sejauh atau sekuat mana kita merancang, andai dia bukan jodoh kita, maka kita perlu redha. Allah dah tetapkan yang terbaik untuk kita. Maka, setelah berkawan hampir 3 tahun (berkawan, bukan bercinta okeh..) makanya ditetapkan 3 Syawal sebagai tarikh rasmi untuk jadi cik tunang kepada encik tunang... heeeeeee~ Kalau nk story detik perkenalan, sampai esok pun tak habes nih, detik percintaan memang takde sebab mood baru je nak bercinta (dalam hati ada taman).. 

 Terima Kasih geng!!! Kawan-kawan yang sudi menunggu sehingga majlis selesai.... 



 Sahabat Sekolah.... Sahabat selamanya.... (^_^)

 Dap Dip Dup di dalam dada... Jantung berdebar, Hati berbunga, Amboi...... heh.....

Bakal Mak Mertua~~ hik3

 Alhamdulillah Syukur Ya Allah..... =)



 Disebalik tabir yang bertungkus lumus... Tq semua!

 Abah, Umi, Saya, Ma dan Abah...... Encik tunang?? Dia takde sebab dia tak datang.. Kenapa tak datang?? sebab dia keje dan dia tak leh balik raya.. sobssss...(^_*)


 Dan... Tak lain tak bukan, Buah hati terchenta, Encik Tunang... hikhikhik..
 

Entri Bergambar >> Syawal dan Merdeka..

Assalamualaikum...

Ho laaa... Lamenya saya bercuti buat karangan kat sini. hikhikhik. Tapi, masih belum terlambat kan untuk mengucapkan SALAM LEBARAN kepada semua umat islam yang menyambut SYAWAL tahun ini.. MAAF ZAHIR BATIN andai ada tersilap kata, terguris rasa, terkasar bahasa dan SALAM KEMERDEKAAN YANG KE-55. Saya Anak MALAYSIA!! Kan senang kira pakej terus ucapan Raya dan Merdeka. heh.

Okeh, tak mau buat karangan panjang sangat, jum layan gambar raya.... (^_______^)

Sebelum fly balik 'Mesia', lepak dulu kat Wisma Sanyan, Sibu, Sarawak!

Indahnya beraya di desa~~ mood bermata grey, tapi hanya bertahan 30 minit!!! tak suke, tak suke, tak suke.. takpelah kalo tak cantik pun tak pakai contact lens, SEKSA kot.....
 
Bermaafan di Hari raya~

 Lovely Mum....

Selamat Hari Raya semua!!! (^_^)