background blog

Monday, May 28, 2012

Oh Sarawak Bumi Kenyalang!


Assalamualaikum....

Hai u olss.. Long time no see!! Alhamdulillah sekarang ni saya sudah berada di Bumi Kenyalang. Sebelum sampai sini, sangat panjang ceritanya. Bermulanya....

21 Mei 2012

Bergerak dari Kelantan ke Hentian Putra, Kuala Lumpur.

22 Mei 2012

Sesi lepak melepak kt Setiawangsa. =))

23 Mei 2012

Menuju ke Hotel Pearl International Kuala Lumpur. Rasa bersyukur sangat kawan saya sudi hantar ke Hotel dan dapat melepak-lepak kat rumah die. heh.

Sampai je hotel terus p tengok daerah mana saya ditempatkan iaitu SIBU.. kemain seronok sebab tak dapat area pedalaman. Buka buku jabatan sarawak, hanya ada 29 buah sekolah je. Hati gumbira sebab tak dapat pedalaman.

Bila tiba masa taklimat waktu malam, pegawai dari Jabatan Pelajaran Sarawak ada menjelaskan yang dapat daerah Sibu, Bintulu, Kuching dan Miri jangan ingat kamu semua dapat area bandar, Sibu terdiri daripada Mukah, Julau, Daro, Sarikei, Kapit dan banyak lagi. Sentap jantung mak nak. (dalam hati jangan la dapat KAPIT). Surat penempatan dapat malam tu jugak.

Masih lagi tertanya-tanya kemanakah saya di hantar oleh KPM? Meh kite tengok!



Ok? Dah zoom in?? Kalau tak boleh zoom in, meh saya gtaw. Saya di tempatkan di SMK Kapit No.2 di daerah Kapit! Adayang meraung-raung tak nak Kapit sebab kena naik bot express 3 jam dari Sibu. Ada bran??? Mood : redha je lah. =))

24 Mei 2012

Jam 3 pagi kena berada di lobby hotel untuk menaiki bas menuju ke KLIA. Tak sempat nak merasa tidur lena di katil empuk!

Jam 4.00 pagi tiba di KLIA dan terus ke Aras 5 untuk mengambil tiket penerbangan.

Jam 7.15 menaiki pesawat menuju ke Kuching.

Jam 9.00 pagi tiba di Kuching. dan jam 10.10 pagi menaiki pesawat lagi menuju ke Sibu.

Jam 11.00 pagi tiba di Sibu dan disambut oleh Penolong Kanan 1 dan menuju ke Warf Sibu untuk mengambil bot ke Kapit.

Jam 1.45 petang menaiki bot express menuju ke Kapit dan perjalanan mengambil masa 3 jam! Jam 5 petang tiba di bumi Kapit....................................=))

Warf dari Sibu ke Kapit...=))


Tuesday, May 22, 2012

Pengalaman itu sungguh berharga!



Assalamualaikum...

Hai u olsss... Makin lama makin slow lak berbelog nih, bukan taknak update, tapi kali nih betul-betul takde masa dan masa sangat cemburu dengan saya.Ini serius! heh. Saya sudah tamat perkhidmatan di MRSM Mersing dan kini akan menabur bakti kepada anak-anak bumi kenyalang lak. (mood : sedih tapi mungkin di sana tempat saya mencari rezeki). Sekolahnya belum taw lagi kat mana, esok akan bertaklimat di Hotel Pearl International dan dapat la taw sekolah mana saya akan ditempatkan. Neves neh =)).

Setelah 3 bulan 16 hari saya berkhidmat di MRSM Mersing, banyak sangat pengalaman yang berharga saya dapat. Terutamanya dapat kawan yang baik-baik dan leh jadi satu geng!! pengalaman mengajar kat sekolah yang cerdik pandai studentnya. Alhamdulillah semuanya dapat saya rasai. =))


I will missed it!!!



 Laluan ini......=))


 MRSM Mersing...

 Teman Baik Niza, Kak Ina, Me, dan Cik Puya...

 Geng MRSM Mersing!!

 Cikgu Ba n Ustazah Cik Puya =)


Pesan Imam Al-Ghazali :

Ukhwah seseorang itu bukan terletak pada PERTEMUAN,
Bukan pada MANISNYA UCAPAN,
Tapi, pada INGATAN DAN DOA TERHADAP SAUDARANYA....