background blog

Saturday, December 15, 2012

Welcome Back!!

Assalamualaikum....

Lama sangat sangat sangat sangat tak update belog nih.. Tak tau nak mulakan camana lagi dah. Sejak-sejak balik kampung nih, masa betul-betul tak mengizinkan nak mengadap laptop 24jam. Duk kapit pun macam tu jugak, bizi je manjang. Sebelum cuti sekolah banyak sangat kerja kena setel especially PBS. Kalo tak setel, memang duk mimpi PBS la sokmo. Ingat senang ke nak jadi cikgu nih. (^_^)

Sejak balik bercuti nih, syok je duk kampung nih. Duk kumpul lemak-lemak yang mana patut, kejenya makan, jalan-jalan, tido, makan lagi. heh

Dan tak lupa juga buat sahabat-sahabat yang telah menamatkan zaman single, zaman tunangan orang, SELAMAT PENGANTIN BARU.. Semoga kekal sampai syurga. Amin...

Untuk permulaan kerajinan update belog nih cukup setakat ni dulu.Nanti jumpa lagi!

Motivasi untuk diri sendiri.. WELCOME BACK!!




Wednesday, October 17, 2012

Cikgu tak ajar pun jawab macam nih!

Assalamualaikum....

Ya Ampun... sudah berkurun rasanya tak menjengah dan tak buat karangan kat sini. Sejak akhir-akhir nih sangatlah bizi. Ini bukan cobaan, ini betul-betul bizi. Al-maklumlah, pendidik yang baru menjalankan tugas kan. (^_^)...

Kali ini, saat ini dan ketika ini, barulah saya rasa tugas seorang pendidik bukan senang seperti yang orang-orang lain sangka!! Semua ingat, untung la jadi cikgu, pegi sekolah pagi, tengahari dah balik. Pada zahirnya memang macam tu kan, tapi batinnya??? atau secara tersiratnya?? hanya yang jadi cikgu je yang tahu bertapanya banyaknya tugas seorang guru. Nak cite satu-satu pun, kang nanti panjang lebar lak. Ni pun curi masa je kejap. Heh.. =)

Sekarang ni 'musim' student duk exam kan. Jadi cikgu bizi la duk marking paper, dengan PBS duk mengejar. Sume bikin kalut ribut. Dalam pada duk kalut ribut nih, ada la pelajar bikin saya GERAMM je.. Tapi nk gelak pun ada jugak. Saya pesan sebelum masuk exam,

JANGAN TINGGAL KOSONG KAT KERTAS 2 MATEMATIK, AWAK BUAT JE PENGIRAAN, MANA TAU JALAN KERJA YANG AWAK BUAT TU BETUL, CIKGU BOLEH BAGI MARKAH. 

Ok bagus semua tak tinggal kosong, TETAPI.......... (malas nak cite, tengok sendiri!!)

OPPA GANGNAM STYLE??????????? Cikgu tak ajar pulak menari dalam kelas. Adehhhh~

Cikgu tak ajar jugak jawab macam nih... (*_*)

PENGSAN!