background blog

Friday, December 30, 2011

Slot Akasia Gemersik Kalbu adaptasi novel??

Assalamulaikum...

hai u olsss.... wat pe je petang-petang nih?? saya biasa lah, koje kat umah nih salah satunya memasak.. petang ni saya ade wat makaroni own version.. hihi.. nanti saya share yer..(masak dan makan je keje)...heh...

sekarang ni cerita yang di adaptasi dari novel ibarat cendawan tumbuh selepas hujan dah.. tapi tak pe, i likeeeeeee!! sebab ending die opkos happy ending kan.. tengok cite tentang dhia semalam, aduiiii sadiss betul, tapi redha ajelah sekurangnya sehidup semati..heee~

lepas nora elena mendapat perhatian, pastu di iringi movie ombak rindu malatopsss, ni satu lagi cerita yang bakal mendapat perhatian iaitu gemersik kalbu.. saya rasa ni pun adaptasi novel gak nih, novel gemersik kalbu karya anis ayuni... rasanya memang tidak syak lagi..kikiki..


novel GEMERSIK KALBU....pic credit to en.google~

ni sedikit sinopsis dari novel GEMERSIK KALBU...
credit to Alaf21..

Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .


Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!


Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.

Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!


Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Di manakah titik pertemuan mereka?



pic credit to en.google~

ni lak Slot Akasia yang bakal ditayangkan 2 Jan 2012 nih.... sama-sama kite saksikan... tapi timing tu macam tak kena kan.. jam 7 - 8 malam... time maghrib tuuuu..=)


psssttt>>>>> satu lagi cerita yang bakal ditayangkan 3 Jan 2012 nih jam 9 malam setiap hari selasa.....adaptasi novel jugak iaitu BICARA HATI.. jom like page DRAMA BICARA HATI kat facebook...=)


No comments:

Post a Comment