background blog

Wednesday, November 2, 2011

Senyum...Tak perlu kata apa-apa...=)

Assalamualaikum....

dari UTUSAN MALAYSIA

5,000 mahasiswa ISMP UPSI tuntut jaminan penempatan

02/11/2011 4:11pm

TANJUNG MALIM 2 Nov. – Seramai 5,000 mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini menuntut Kementerian Pelajaran memberi jaminan penempatan kepada bakal graduan universiti tersebut seperti yang diberikan kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI, Afiq Fikri Mislan berkata, tuntutan tersebut dibuat ekoran kenyataan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang mengesahkan kekosongan jawatan guru di sekolah seluruh negara akan diisi oleh 7,000 guru lepasan GSTT.

"Mengapa kekosongan tersebut diberikan kepada lepasan GSTT yang pada hemat kami tiada kelayakan sebenar untuk bergelar guru?

"Sepatutnya kekosongan itu diisi oleh graduan ISMP yang ternyata telah dilatih untuk menjadi guru sebenar sekali gus mengurangkan masalah isu guru tidak profesional, berkualiti serta berkelayakan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


semoga semua masalah berkaitan dengan isu posting dapat di selesaikan dengan sewajarnya..biarlah adil dan saksama....=))



2 comments: