Alhamdulillah selesai hari ni Hari Permuafakatan di SMK Kapit No.2. Lega rasanya selesai satu tanggungjawab besar bagi Guru Kelas untuk berhadapan dengan ibubapa pelajar di bawah jagaan dan menunjukkan prestasi pelajar dalam peperiksaan.
Saya respect ar ibubapa student saya nih, sangat percayakan guru dan mengharapkan anaknya berjaya dengan didikan guru. Siap pesan pada saya.. "Cikgu, kalau anak saya nakal, malas buat kerja cikgu, cikgu pukul saja, saya tak marah". Saya pulak rasa tak sanggup nak buat macam tu kan, sebab student kat sini yang nakal tu biasa la. Mana-mana sekolah pun memang akan ada yang nakal. Saya suka student kat sini sebab perasaan hormat guru tu masih ada. Bila kita marah, diorang tak melawan dan dengar cakap cikgu! >_<
My Students....=)
No comments:
Post a Comment