Assalamualaikum....
Hai u olss.. Long time no see!! Alhamdulillah sekarang ni saya sudah berada di Bumi Kenyalang. Sebelum sampai sini, sangat panjang ceritanya. Bermulanya....
21 Mei 2012
Bergerak dari Kelantan ke Hentian Putra, Kuala Lumpur.
22 Mei 2012
Sesi lepak melepak kt Setiawangsa. =))
23 Mei 2012
Menuju ke Hotel Pearl International Kuala Lumpur. Rasa bersyukur sangat kawan saya sudi hantar ke Hotel dan dapat melepak-lepak kat rumah die. heh.
Sampai je hotel terus p tengok daerah mana saya ditempatkan iaitu SIBU.. kemain seronok sebab tak dapat area pedalaman. Buka buku jabatan sarawak, hanya ada 29 buah sekolah je. Hati gumbira sebab tak dapat pedalaman.
Bila tiba masa taklimat waktu malam, pegawai dari Jabatan Pelajaran Sarawak ada menjelaskan yang dapat daerah Sibu, Bintulu, Kuching dan Miri jangan ingat kamu semua dapat area bandar, Sibu terdiri daripada Mukah, Julau, Daro, Sarikei, Kapit dan banyak lagi. Sentap jantung mak nak. (dalam hati jangan la dapat KAPIT). Surat penempatan dapat malam tu jugak.
Masih lagi tertanya-tanya kemanakah saya di hantar oleh KPM? Meh kite tengok!
Ok? Dah zoom in?? Kalau tak boleh zoom in, meh saya gtaw. Saya di tempatkan di SMK Kapit No.2 di daerah Kapit! Adayang meraung-raung tak nak Kapit sebab kena naik bot express 3 jam dari Sibu. Ada bran??? Mood : redha je lah. =))
24 Mei 2012
Jam 3 pagi kena berada di lobby hotel untuk menaiki bas menuju ke KLIA. Tak sempat nak merasa tidur lena di katil empuk!
Jam 4.00 pagi tiba di KLIA dan terus ke Aras 5 untuk mengambil tiket penerbangan.
Jam 7.15 menaiki pesawat menuju ke Kuching.
Jam 9.00 pagi tiba di Kuching. dan jam 10.10 pagi menaiki pesawat lagi menuju ke Sibu.
Jam 11.00 pagi tiba di Sibu dan disambut oleh Penolong Kanan 1 dan menuju ke Warf Sibu untuk mengambil bot ke Kapit.
Jam 1.45 petang menaiki bot express menuju ke Kapit dan perjalanan mengambil masa 3 jam! Jam 5 petang tiba di bumi Kapit....................................=))
Warf dari Sibu ke Kapit...=))
No comments:
Post a Comment