background blog

Monday, March 5, 2012

Rombongan Cik Kiah ke Melaka sangat happening!!

Assalamualaikum..

Hari sabtu bertarikh 3.3.2012 rombongan Cik Kiah telah bertolak ke Melaka Bandaraya Bersejarah sempena hari bersejarah seorang sahabat a.k.a kenduri kawin la kan. Mak ai jauhnye dari Mersing ke Melaka semata-mata nak p kenduri? Orang kata sambil menyelam minum air, jadi rombongan Cik Kiah pun macam tu lah jugak. heh


Ni lah pengantin yang mendapat kunjungan istimewa dari rombongan Cik Kiah=)


Antara ahli rombongan Cik Kiah yang happening!


Gambar rombongan Cik Kiah bersama pengantin ada dalam kamera lain lak. Tak sempat ambik lagi. Al-maklumlah, saya lak guna kamera DSLH jer, malu nak suh orang snapkan. Muahaha. Sesudah rombongan Cik Kiah yang seramai 11 orang nih makan-makan, bersembang-sembang, bersnap-snap gambo, rombongan Cik Kiah terus ke Melaka Bandaraya Bersejarah!!


Dah dapat parking kat Menara Taming Sari terus ke.........Mc'd..... sebab Mersing takde. sobss. Baru je beberapa jam makan nasik kenduri, tetibe lapar Mc'd lak kan. heh

Kemudian kami duk pusing la kat area bandar Melaka tuh sampai nak tercabut kaki. hakhakhak. Plan konon petang dah nak gerak balik ke Mersing, sekaliiiiiiii matahari dah tenggelam pun masih lagi kat Melaka duk berjimba-jimba.

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan kan. Ada ahli rombongan Cik Kiah nak naik River Cruise lak melihat pemandangan indah Melaka di waktu malam. Gituuu. Kami pun sepakat la nek River Cruise.


Muka masing-masing dah kepenatan dah.




Muka excited dapat naik river cruise. Tak sampai 10 minit, dah bosan. kikiki


Dulu benda nih kemain femes kan. Saya sempat la beratur naik benda nih kat Tasik Titiwangsa dulu. Sekarang nih berapa orang je yg ada kat dalam tuh. =)

Jam 2.30 pagi rombongan Cik Kiah tiba di Mersing. (^_^)



No comments:

Post a Comment