background blog

Saturday, June 30, 2012

Saya Jatuh Cinta!!!

Assalamualaikum..

Duhai bakal imamku...
Jangan biarkan hadirmu sekejap mata...
Dan jangan biarkan kebersamaan kita hanyalah sementara...
(mood : 7 petala cinta)

Eh..eh..buang tebiat ke jiwang karat lak malam ni kan??Sekali sekala apa salahnya kan. Saya betul-betul jatuh cinta la...Cmana nih? Tapi.. bukan jatuh cinta yang kapel-kapel tuh, ni kes lain.. Ni jatuh cinta kat selawat burdah dalam movie 7 Petala Cinta nih. Sangat mengasyikkan dan menenangkan jiwa raga yang kacau bilau ini!!

Siapakah pemilik suara mengasyikkan ini?????

Ini Selawat Burdah versi 7 Petala cinta...


Ini Versi Mesut Kurtis....=))


Yang mana satu Pilihan Qalbu???
Saya suka yang suara 7 Petala Cinta tuh....
Sangat mengasyikkan.....>_<
Tapi......sape yang mengalunkan selawat tu erkkkkkk........?????????



Tuesday, June 26, 2012

Ramainya Artis sekolah saya!

Assalamualaikum...

Panas tak kat semenanjung? (Bajet duk oversea!) Kat sini cuaca agak panas sampai la malam. Ni pun masih panas..=)) Walaupun bajet duk oversea, tapi kalau sampai kat sekolah, memang rasa duk oversea gituu. Sebab ramai 'artis' kat sekolah. Kalau artis oversea Leonardo, Kristina, Angella, Harryson dan ramai lagiiii.. Tak lupa jugak SITI NURHALIZA pun ada okeh!! meriahh woo dapat ngajar artis-artis hot nih! heh.

'Artis-artis' tu semua student saya. Bangga seyhh.. heh.. Itulah satu keunikan bila mengajar di Bumi Kenyalang nih. Keunikan ini hanya ada di bumi kenyalang dan biasanya kat semenanjung majoriti student ber bin dan ber binti kan. kan. kan. Kat sini hanya 2% sahaja yang ber bin dan ber binti. Dan majoritinya dari suku kaum Iban. =)) Ini sekolah saya lah..hehehe...

IKLAN!!!! 
JOM LAYAN VIDEO NIH!
SETIAP KALI TENGOK, PASTI MENITIS AYAQ MATA.. >_<

CIKGU INI SANGAT TABAH...

SAYA??

BERSYUKUR DITEMPATKAN DI DAERAH KAPIT, WALAUPUN KAPIT ADALAH DAERAH PALING PEDALAMAN DI SARAWAK SEBAB TAKDE PENGANGKUTAN DARAT, YANGADA HANYA PENGANGKUTAN AIR IAITU BOT EXPRESS.=))

KAPIT, SARAWAK.....
JOM LAYAN...

pssstttt...ada banyak jugak tempat saya tak pernah sampai lagi..heh



Sunday, June 24, 2012

Baru sebulan?? Rasa macam setahun sudah..

Assalamualaikum....

Baru je nak rajin-rajin update. asyik kuar benda alah ni jer!! Grrrrrrrrrrrrrrrrr....


Marah sket, dan dan elok.... heh.... nak suh update le tuuuu.. terima kasih pada yang sudi membaca yer!

Hari ni Ahad bersamaan 24 Jun 2012. Maka genaplah sebulan saya menetap dan menabur bakti di bumi kapit nih. Baru sebulan??? Ingat dah setahun dah! Perasaan rindu pada kampung halaman mula la menerjah. Biasanya sebulan tu paling lama la tempoh tak pulang ke kampung halaman. (Ayat karangan tingkatan 1 ke tahun 1???) Ni bila dah menetap kat seberang laut nih, agak susah la nak pulang sebulan sekali, dengan tiket flight, perjalanan pun dah mengambil masa 2 hari untuk pergi dan balik. Fening kalo fikir.

Cuti berhujung minggu pun tak syiokk sangat la sebab tak taw nak p jalan kat mana. Kalo nak p pekan, 10 minit, da abes pusing-pusing dah. Adeh bikin stress! Tapi yang seronoknya, duit boleh je simpan ketat ketat dalam bank, dalam ASB, Tabung Haji dan seangkatan dengannya! Adakah saya tergolong dalam golongan penyimpan itu?? Jawapan.. Tidak pasti sebab sekarang shopping online pun jadi!!!!!!! klik aja maybank2u.. Selamat fulus mania! Adehhhh.. Tapi bekalan untuk masa depan InsyaAllah ada la serba sedikit. heh.

Itu saja untuk kali ini...hihihihi... 24 Mei 2012 - 24 Jun 2012 = Sebulan di Kapit..=))

Inilah Pekan Kapit, Sarawak..
Pic dari Kami Guru Sarawak~

Aset pertama di bumi Kapit~ Wehuuuuu jom merempit! Opssssss.. Jaga tatasusila ye cikgu!!

Thanks pada yang sudi singgah.. (^_^)

Friday, June 22, 2012

Haiwan Kesayangan Di dalam Kelas..Erkk

Assalamualaikum..

Gelagat student? banyak jenis dan peringkat. Setakat ni saya rasa semalam adegan paling kritikal la penah saya jumpa. Biasanya student tak dengar cakap, bising, bergurau, bergaduh sesama die tapi melawan cakap cikgu tak pernah lak kalau dekat sini. Budaya hormat pada guru masih ada. Bila cikgu marah, semua diam, pastuh die bising smula. heh. Itu perkara biasa.

Ini perkara agak luar biasa bila student bawak haiwan 'kesayangan' dalam kelas. Semalam saya ada relief satu kelas ketiga last. Masuk je semua diam, pastu buat kerja masing-masing, ada yang bersembang sesama diorang. Ada sekumpulan student lelaki ni nak tunjuk sesuatu pada saya...

Student : Cikgu, saya ada benda nak tunjuk cikgu
Cikgu : Apedia? tunjuk la..
Student : (Keluarkan haiwan kesayangan)...
Cikgu : Errrkkkkkkk..(Nasib baik cikgu takde sakit jantung).. Mana awak dapat?
Student : Saya cari dalam hutan sana cikgu..
Cikgu : Speechless...Erkkk ok........

Adehhh... nassib la cikgu takde sakit jantung, kalau tak, mau pengsan je terus. Student kawasan pedalaman macam ni, haiwan 'kesayangan' macam tuh dah sangat biasa dah. Saya tanya sume student, takut ke pada haiwan 'kesayangan' tu? sume jawab TAK.. Ape cikgu boleh buat?? Layannnnn...=))

Opssss... Nak tau ke ape benda haiwan 'kesayangan' tuh?? Tak payah tau, nanti sume heart attack! =))

Untungnya bila jadi pendidik kawasan pedalaman~
Pic kredit to en.google~

Wednesday, June 13, 2012

Hari Pertama =))

Assalamualaikum..

Hai orang Malaysia! Orang Kapit sini sudah lama tak update karangan kat sini. Takde masa dan sangat bizi dengan rutin harian. Hari ni alhamdulillah hari kedua menabur bakti kepada anak-anak Bumi Kenyalang ini. Sangat teruja untuk mendapat pengalaman baru berdepan dengan pelajar dari suku kaum iban ini. Yang penting dapat belajar bahasa iban! =))

HARI PERTAMA??

 Hari Pertama menjadi GURU hakiki banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Jadi redha je lah kan sebab guru baru la katakan. Nasib la jadi Guru kelas tingkatan 2A4. Takda la haruuu sangat kan. Cik nor (rakan seangkatan a.k.a housemate jugakkk) jadi guru kelas 2A10. Terbaekk!! heh..

OPSYEN???

Opsyen saya Kemahiran Hidup/Perakaunan. Tapi saya diberi tugas untuk mengajar MATEMATIK! Ade bran?? Takde nak bran sangat, jadi inilah CABARAN yang sebenarnya!! Kata PK 1 saya, kamu semua datang pertengahan tahun, susah nak bagi ajar opsyen masing-masing. Saya terima seadanya ajar Matematik tingkatan 1 dan 2. =))

Huaaarrrrgghhhhh...Ngantuk! Hari ni ada meeting guru sebelah malam. Biasanya sekolah ini akan adakan meeting guru-guru pada waktu malam sebab sekolah 2 sesi dan taknak ganggu P&P. Itu baru pengalaman hari pertama. Belum lagi pengalaman  masuk rumah sewa, nanti saya update okeh!!  Masa untuk mimpi indah!!! =))

IKLAN JUP....=)
 
 Konvokesyen!!!


Alhamdulillah, selesai istiadat Konvokesyen Universiti Pendidikan Idris kali ke-14....





Friday, June 1, 2012

Kapit, Sarawak.....Ada Bran???


Assalamualaikum....

Hai orang Malaysia!! Bajet duk oversea la katakan. (^_^) Alhamdulillah bumi Kapit hujan hari nih, sampai p pasar pun habis basah lenjun sebab p pasar merempit bersama Cik.Nor. Rasa bersyukur sangat ditemukan dengan cikgu semenanjung yang baik hati bagi tumpang rumah dan bagi pinjam moto. Kalo tak, hidup merempat la kat sini sementara nak tunggu rumah sewa siap dan setel!

Sebut tentang Kapit nih, semua orang takot, semua orang serun dengar kan. Tapi...... Kapit nih bukan seperti anda sangka.

Jangan ingat nak sampai bumi Kapit nih kena naik 4x4 pulak! oh no no no.. Ini kalau nak p area yang lagi pedalaman. Nak datang Kapit nih, naik benda ni jer...

Naik bot express ni jer! Ala-ala ferry nak p Pulau Langkawi gituuuu.... Kalo nak yang selesa, ambik je tiket first class, bukan mahal pon RM30 je. Bot ini akan mengambil masa 3 jam untuk sampai ke Kapit dari Warf Sibu. Sampai nak menggelupur duduk dalam bot, bertapa bosannya masa 3 jam itu. heh.

Setelah 3 jam berada dalam bot yang sejuk itu (first class econ sejuk woooo), anda akan merentasi ini!!!! Warf Kapit! Ada bran??? Ini la yang menggerunkan bagi sesetengah rakan-rakan termasuk saya lah sebab dah tiba kat sini... Apa yang bermain di fikiran ialah :

Pertama sekali :::: Kena berjalan dari bot ke bot untuk sampai ke warf ini.

Kedua :::: Kalo tergelincir???? 

Lu fikir la sendiri!! =))

Ini lah pekan Kapit dari pandangan atas! jangan cakap Kapit nih pedalaman okeh. heh. Cuma nak datang sini jer terpaksa naik bot express 3 jam. Disebabkan di bumi Kapit inilah tempat saya mencari rezeki, jadi saya redha dan terima seadanya. Alhamdulillah Kapit nih semua kemudahan ada termausk Bank (penting woo..heh), Klinik Kesihatan, Masjid, Pejabat-pejabat Kerajaan semua ada la kat sini. Talian komunikasi maxis dan celcom boleh diterima dengan baik. =)

Dan... inilah tempat saya mencari rezeki dan tempat saya bakal mendidik anak bangsa!!!

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAPIT NO.2,
KAPIT, SARAWAK.

Psstttt>>> ada picture di ambil dari group KAMI GURU SARAWAK dari facebook. =)